Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 13 Ogos 2009

PERGI TAK KEMBALI 1969 -2009 (ASRI RABBANI)




Salam ukhwah diucapkan kpd pengunjung khadim alquran...sesungguhnya mati tidak mengenal usia, tidak mengenal siapa pun, tidak megenal tempat dan apa jua keadaan sekali pun, ajal tetap akan menjemput kita seandainya masa untuk kita di dunia telah tamat tempohnya..hebat @ kaya nya kita, kita tidak akan dapat melambatkan atau mempercepatknan kematian..

Hari ini kita dikejutkan dengan berita kematian Ust Asri dari kumpulan RABBANI, ketika sedang mengacarakan program Shahadah terbitan tv 1 beliau tiba-tiba rebah. Sebelum mengacarakan program tersebut sebenarnya beliau kurang sihat dan telah mengambil mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan yang beliau alami sejak subuh pagi tadi. Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi. Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini.

Sebenarnya sebelum ini kami tidak pernah mengetahui bahawa arwah mempunyai sakit jantung. Sebelum ini diberitakan arwah hanya mempunyai sakit Gout, gastrik dan darah tinggi sahaja(kalau tak silap, seingat saya la). Berita kematian arwah amat mengejutkan kami sekeluarga memandangkan arwah masih mempunyai ibu lagi walaupun ibunya kini sudah agak uzur. Ust Asri sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan kami, emak saya sepupu dengan Ust asri, dan kami begitu terasa dengan kehilangan beliau..... Pemergian arwah begitu terasa kerana ini merupakan pemergian kedua yang mengejut bagi saudara terdekat saya selepas ibu saudara saya meninggal bersama 2 orang anaknya 5 bulan yang lalu..

Ibu allahyarham(Wak Wok,panggilan bagi keluarga kami) yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.
Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar. Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota. Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.
Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nada Murni.Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nada Murni.



Jenazah allahyarham akan di kebumikan selepas maghrib pada hari ini kerana menanti kehadiran ayah mertua arwah. Bapa saudara saya baru sahaja tiba di kediaman ibu arwah untuk menziarahi arwah ust Asri..semoga rohnya di berkati dan dirahmati Allah S.W.T... AL-FATIHAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan