Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 25 Disember 2009

XAVIER BEKAS PEMAIN LIVERFOOL MEMELUK ISLAM




Alhamdulillah...itulah sebaik2 ucapan apabila mendegar berita bekas pertahanan Portugal yang juga pernah bermain di Liverpool, Abel Xavier, mengumumkan pengunduran dirinya dari arena bola sepak dan perubahan agamanya.

Selain mengumumkan berhenti dari sepak bola, pemain yang beridentiti dengan rambut dan janggut putih itu juga mengumumkan agama baru dan nama barunya dalam sebuah sidang akhbar di Ras Al Khaimah, Uni Emirat Arab.



“Saya mengumumkan pengunduran diri dari sepak bola. Ini adalah perpisahan yang emosional, saya harap dapat terlibat dalam sesuatu yang spesial seperti saya memasuki babak baru dalam hidup saya,” tutur Xavier yang kini berganti nama depan menjadi Faisal.

“Di dalam masa-masa sulit, saya menemukan kedamaian di dalam Islam. Secara berperingkat saya mempelajari agama yang menggalakkan perdamaian, kesamaan, kebebasan dan harapan. Ini sangatlah penting
,” seperti dilaporkan oleh Goal.com.

Setelah mengantung but, kini Xavier menyibukkan dirinya dengan kegiatan-kegiatan kemanusiaan bersama Perikatan Bangsa-Bangsa dan juga bekerja dalam industri film di Amerika Serikat.

Dalam karier bola sepaknya, Xavier pernah bermain di Benfica, PSV Eindhoven, Everton, Liverpool, AS Roma, Galatasaray, Middlesbrough dan Los Angeles Galaxy.

Sebelum ini bintang dunia dari Perancis,Zidane dan Henry pun telah memeluk islam,moga2 selepas ini org islam yang akan menerajui kegemilangan bola sepak kerana pengaruh bola sepak terlalu kuat,ramai anak2 muda kita terlalu mengikut cara hidup artis ataupun pemain bola yang mereka minati.Semoga dengan keislaman beberapa bintang bola sepak ini dapat juga mempengaruhi mereka supaya bersama2 membantu gerakan islam.

Jumaat, 18 Disember 2009

NIQOB WAHEEDA


Isteri kepada Akhil Hayy dan juga penyanyi Nasyid kontroversi, Waheeda kini mengenakan pakaian purdah dengan menutup keseluruhan muka kecuali mata sahaja,ala2 arab. Tidak dipastikan lagi, adakah ianya pemakaian kekal di khalayak umum, atau hanya sekadar waktu itu sahaja. Mungkin kehidupan Waheeda lebih menekankan cara hidup Islam dan taat pada perintah suami yang bergelar 'ustaz', jadi tidak ada sebab mengapa dia mengenakan pemakaian berkenaan.Cuma diharapkan supaya selepas ini tidak ada lagi fitnah yang timbul diantara Waheeda dengan bekas isteri Akhil Hay.Moga Waheeda terus istiqomah dalam pemakain yang terbaik itu.










Semoga segala dugaan dan cabaran dapat ditempuhi dengan tabah oleh ustaz Akhil Hay yang pernah bersama dengan PAS dipentas2 ceramah suatu ketika dulu,moga beliau tetap istikomah untuk bersama2 memperjuangkan islam.

Isnin, 14 Disember 2009

JAWAPAN TOK GURU







SETELAH menerima memo bantahan bertulis yang disampaikan oleh setiausaha saya , maka sahlah yang di luar pintu sana ada sekumpulan orang yang sedang berbuat bising.Saya tidak pasti sama ada mereka mendapat permit, katanya dari sasaran yang dihajatkan 2,000 orang peserta, tetapi rupanya yang tiba hanya sekadar 200 orang sahaja

Hairannya orang Umno Pasir Mas yang mengetuai penghantaran memo bantahan tersebut dan bukan Umno negeri. Kenapa boleh jadi begitu?

Mereka menggunakan topeng Jemaah Rakyat Perihatin Kelantan di kepala suratnya. Ini lagi pelik. Sudah malukah menggunakan nama Umno sehingga berselindung di sebalik JRPK? Jika tidak salah saya, ada satu lagi topeng yang selalu di gunaka oleh Ahli Parlimen Pasir Mas yang disebut Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Sudahlah begitu, senaskah CD yang ada disebut kononnya disertakan bersama memo ITU untuk dijadikan bahan bukti khutbah Hari Raya saya, tidak pula disertakan.

Belumpun saya meneliti butir kandungan bantahan itupun saya sudah dapat menyukat betapa tidak terutusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan yang kukuh lagi sah. Apa tidaknya, masaalah menantu saya di PMBK sudah beres, malah tajaan haji saya juga sudah selesai.

Setelah membelek memo dua muka surat yang ditandatangani oleh empat orang, manakala 18 lagi tidak bernama dan tidak bertandatangan, maka hati saya sudah tawar untuk membaca kandungannya.

Apapun, setelah membacanya sepintas lalu, terdapat dua tuntutan yang dibawa oleh mereka, iaitu; Pertama, meminta saya menarik balik dan memohon maaf di atas ‘doa kemusnahan ke atas pemimpin Umno’ yang tidak memberi royalti kepada rakyat Kelantan.

Kedua, mendesak saya supaya meletak jawatan Menteri Besar.

Menyentuh tuntutan pertama, mengapa harus saya hiraukan suara budak-budak Umno yang tak sampai 200 orang itu supaya saya meminta maaf sedangkan Presiden Umno selaku orang nombor satupun tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik.

Dalam hal ini, jika mahu menganalisa dan mengulas doa saya, maka ia hendaklah mengambil doa itu keseluruhan. Kenapa tak sebut doa saya meminta dan memohon kepada Allah SWT diperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri supaya menerima Islam yang syamil.

Dari segi Islam, doa adalah satu permohonan. Jika kita rajin membuka sejarah doa-doa yang diambil oleh para Nabi, kita tentu boleh berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad saw sendiri yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

Jika kita membuka himpunan hadith dalam Ridhatus Solihin, kita akan berjumpa dengan maksud doa yang berbunyi begini: “Wahai Tuhan, tolong balas bela, ke atas mereka yang zalim.”

Maksud doa yang hampir sama ini juga turut terkandung dalam Qunut Nazilah berbunyi: “Wahai Tuhan, musnahkan golongan kafir dan munafiq”.

Kita kena faham bahawa selain daripada orang-orang kafir yang melawan Nabi saw, orang munafik juga ramai. Mari kita bersama-sama menyemak dua ayat ini:

1. “Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga memasuki perbicaraan yang lain kerana sesungguhnya (kalu kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam. – (Surah An Nisa’: Ayat 140)

2. “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekalian sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka’. – (Surah An Nisa’: Ayat 145)

Dengan ini tidak hairanlah di dalam permulaan surah Al-Baqarah hanya terdapat dua ayat iaitu ayat enam dan tujuh yang merujuk kepada orang kafir.

Yang selebihnya, yakni 13 ayat, iaitu ayat lapan hingga 20, Allah SWT merujuk terus kepada fiil perangai puak-puak munafik.

Jika diteliti sirah junjungan kita Nabi Muhammad SAW, kita akan berjumpa dengan kisah bagaimana Bani Ri’lin dan Bani Zakuan yang membunuh pendakwah.

Sebagai reaksi balas di atas perbuatan terkutu ini, Nabi saw meminta supaya Allah SWT menurunkan kutukan ke atas kedua-dua ini melalui tujuh tahun kemarau yang panjang sebagaimana yang pernah Allah turunkan di zaman Nabi Allah Yusoff di Mesir.

Menyentuh tentang tuntutan kedua, musthail saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budah-budak nakal, bawah pohon jati di pintu masuk SUK.

Jika saya perlu meletakkan jawatan atas sebab desakan Umno, maka sudah tentu saya berbuat begitu semasa Tan Sri Annuar Musa menjadi Ketua Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sekaligus menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan tiga empat tahun yang lalu.

Akan tetapi, alhamdulillah, saya tetap masih duduk di kerusi ini sampai ke hari ini. Sebaliknya, pemimpin Umno itu pula yag ‘ghaib’ dari arena politik tanah air.

Saya kadang-kadang menjadi hairan memikirkan telatah orang Umno ini. Dalam Dun Kota Seputih misalnya, mereka cukup beria-ia untuk mempertahankan diri dengan menggunakan instrument mahkamah untuk mengelak dari memasuki pilihan raya.

Itu bagi kerusi dia yang selamat; itupun masih berdalih untuk diuji melalui pilihanraya. Sebaliknya mereka cukup ghairah untuk mendesak saya mengosongkan kerusi Menteri Besar sedangkan tiada apa-apa keadaan sedikitpun yang memaksa suasana atau menyalahi undang-undang yang membolehkan saya membuat pengosongan.

Kepada ramai pemimpin PR kita sudah lama dapat membaca bahawa telah menjadi ‘grand design’ mereka untuk mencipta suasana yang tidak tenteram di semua negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kita tahu itu. Bukan kita tidak tahu.

Secara logiknya, semua orang kena faham bahawa saya bekerja dengan Parti Islam SeMalaysia. Jika Umno yang mendesak saya, maka saya sewajarnya boleh bersyukur; bahkan berbangga kerana saya sudah dikira berjaya mengkucar kacirkan Umno. Mereka sudah keluh kesah.

Jik (katakanlah) saya terus dilarang juga untuk memohon kemusanahan Umno secara terbuka, maka saya masih lagi boleh mengangkat doa secara bersedirian.

Saya masih boleh meminta supaya umat Islam terus berdoa secara senyap-senyap agar Allah SWT menurunkan kemusnahan kepada mana-mana pihak, termasuklah pemimpin Umno yang menyekat Islam dan menyekat pemberian wang royalti itu dari melalui tangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Ahad, 13 Disember 2009

BERITA WACANA PERDANA

Program Wacana Perdana ISLAM DI MALAYSIA:REALITI DAN HARAPAN yang berlangsung di Kelantan Trade Center pada 12 Desember 2009 yang menampilkan tokoh2 yang dari pelbagai latar belakang.Dewan dipenuhi dengan laungan takbir dan sorokan dari penonton yang hadir pada malam itu.Moga2 saudara-saudara dapat meluangkan masa untuk menonton video pendek serta memikirkannya dengan mata hati...














Jumaat, 11 Disember 2009

WACANA PERDANA :"ISLAM DI MALAYSIA REALITI & HARAPAN"

Sabtu, 5 Disember 2009

LIQO' MAHABBAH MUTAZAWIJIN 2009



Salam ukhwah buat sahabat2 seperjuangan dunia akhirat.Disini ada iklan untuk program Unit Bait Muslim Mansurah,progaram liqo' mahabbah adalah salah satu program UBMM pada sesi ini dengan bermatlamatkan memantapkan lagi ukhwah diantara satu sama lain.Justeru itu kami mengharapkan semua mutazawijin yang berada di bumi Mansurah dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi program disamping menambahkan lagi kasih sayang kita kerana Allah semata-mata..Berikut adalah atucara dan maklumat program tersebut.





“ LIQO’ MAHABBAH MUTAZAWIJIN 2009 ”

Dengan segala hormatnya dijemput dan dipersilakan. Kepada semua MUTAZAWIJIN yang berada di MANSURAH sahaja.

TARIKH : 7 DISEMBER 2009 (ISNIN)
20 ZULHIJJAH 1430H
MASA : 7.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN PERSADA JAZIRAH AL-WARD

Antara agenda menarik yang akan disajikan ialah :

: Ucapan Pengarah Bait Muslim 2009
: Majlis Ramah Mesra
: Jamuan
: Bersurai

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan akan menyerikan dan memeriahkan
lagi majlis serta diberkati Allah jua hendakNya, InsyaAllah.

*Dialu-alukan untuk membawa sedikit juadah (kuih).
*Jamuan istimewa disediakan.

Sebarang masalah sila hubungi Ustaz Mohd Nasir B. Hassan di talian:
( 010-6166370 @ 011-9369289 )

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI UNTUK MENGERATKAN UKHUWAH SESAMA KITA


“UKHWAH DITAUT, KASIH SAYANG DISEMAI”

Jumaat, 4 Disember 2009

DOA DAN GAMBAR2 PD 4DEC 09



Alhamdulillah..Sokongan kepada Tok Guru semakin kuat..kami rakyat Kelantan tetap mempertahankan Tok Guru dari di caci dan dihina.saudara2 boleh lihat dengan kedatangan pelbagai kaum ketika majlis ilmu yang berlangsung di dataran ilmu Kota Bharu menunjukkan sokongan yang begitu kuat terhadap kepimpinan ulama'.Inilah realiti yang patut diterima oleh mereka yang mencari publisiti murahan beberapa hari yang lalu dengan berhimpun secara haram di depan SUK.sememangnya muka tak tahu malu yang mengaku gerakan itu adalah mojoriti rakyat Kelantan..

BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN GAMBAR2 MENARIK SEPANJANG KULIAH TOK GURU PADA 4 DEC 09























Akhirnya...WE LOVE TOK GURU!!!..Semoga kita semua dipayungi rahmah dan kebaikan kerana menyokong kepmpinan Ulama'..ALLAHUKAHBAR!

Rabu, 2 Disember 2009

TOK GURU SUDAH BUAT YANG TERBAIK UNTUK KITA


Orang hanya memberinya tiga bulan saja untuk mentadbir Kelantan. Tiada pengalaman menteri tadbir, tidak pernah tok guru berserban dalam sejarah Melayu menjadi menteri besar dan Kelantan itu negeri miskin pula. Dengan ketiadaan duit itu, beliau dan partinya diberi tiga bulan saja.Lepas tiga bulan diberi tiga bulan lagi. Lepas itu tiga tahun pula. Dan akhirnya melewati tiga kali pilihan raya. Dan sesudah 20 tahun, tiada yang berani bercakap untuk dapat menewaskannya, malah menggantikan partinya, PAS bagi mentadbir Kelantan pun tidak berani difikirkan.

Sudah 20 tahun Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan. Satu tempoh yang dikira panjang tetapi bukanlah yang terpanjang bagi sejarah Malaysia yang merdeka.Malah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, juga seorang lulusan Universiti al-Azhar Mesir, lebih lama daripadanya semasa menjadi menteri besar Terengganu dulu – daripada tahun 1974 hingga tahun 1999 – 25 tahun.

Negara pernah merasa puas, maksudnya temu, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu lama menjadi perdana menteri iaitu 22 tahun. Dia kalah dengan Suharto yang menjadi presiden Indonesia selama 32 tahun. Tidak pernah ada yang membandingkannya dengan Lee Kuan Yew yang juga lama menjadi perdana menteri Singapura. Orang pun tidak ingat berapa lama.

Tetapi orang tidak sedar rupanya Tok Guru Nik Aziz sudah jadi menteri besar selama 20 tahun. Kalau usianya ada lagi dan masih boleh memberi fikiran, dua tahun lagi akan samalah tempoh pentadbirannya dengan Mahathir.

Cuma setakat ini, tiada siapa mahu memikirkan beliau boleh menyamai tempoh pentadbiran Wan Mokhtar.

Orang hanya memberinya tiga bulan saja untuk mentadbir Kelantan. Tiada pengalaman menteri tadbir, tidak pernah tok guru berserban dalam sejarah Melayu menjadi menteri besar dan Kelantan itu negeri miskin pula. Dengan ketiadaan duit itu, beliau dan partinya diberi tiga bulan saja.

Lepas tiga bulan diberi tiga bulan lagi. Lepas itu tiga tahun pula. Dan akhirnya melewati tiga kali pilihan raya. Dan sesudah 20 tahun, tiada yang berani bercakap untuk dapat menewaskannya, malah menggantikan partinya, PAS bagi mentadbir Kelantan pun tidak berani difikirkan.

Bukan kita hendak berlumba siapa lebih lama memerintah, tetapi yang jemu dan bersungut tentang tempoh pentadbiran Tok Guru yang sudah dikira lama itu. Dengan hidupnya amat sederhana, tiada membuat harta dan tiada mengambil kesempatan dengan kuasa dan kedudukannya, beliau menjadi ketua kerajaan yang amat disenangi.

Dengan sumber khazanah yang terhad, sebagai negeri termiskin, bantuan kerajaan pusat pula bagai dicatu dan tidak mengikut jadual pula, serta kepungan ekonomi pusat, tidak pula negeri itu terhalang dari menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya. Cuma ia tidak dapat menambah makmurkan negeri dan rakyatnya disebabkan oleh kekangan kewangan, tetapi negeri itu lumpuh dan tidak muflis.

Ia tidak menambah hutang kerajaan negeri seperti 11 tahun di bawah pentadbiran Barisan Nasional sebelumnya, tetapi ia tidak pernah gagal ansuran bayaran hutang kepada kerajaan pusat.

Dengan 20 tahun pentadbirannya itu, ia memecahkan sangkaan ulama tidak boleh memerintah, ia mengubah persepsi pandangan masyarakat bukan Islam kepada Islam dan partinya yang sebelumnya disangka hanya untuk memenuhi kepentingan dan keperluan Islam dan Melayu saja. Tetapi ia boleh menjadi contoh memberi perlindungan kepada semua pihak.

Akhir-akhir ini ia tidak sekadar memberi kebajikan kepada yang hidup, yang mati, Muslim dan bukan Muslim ada skim bantuan kematian kepada waris dalam urusan kematian.

Mungkin boleh dikata, ada orang bersungut apabila seseorang itu terlalu lama berkuasa, menunggu mereka dia akan pergi. Tetapi dengan kesederhanaan yang ditunjukkan itu, tiada jemu dan tiada bosan orang akan keberadaannya, kalau boleh seseorang itu menongkat langit, biarlah beliau kekal lebih lama walau pun bukan selama-lamanya.

Bukan orang Muslim saja terasa senang dengannya, yang bukan Muslim baik dari Kelantan dan di luar Kelantan mengangkat tabik kepadanya dan memberi penghormatan tinggi kepadanya.

Tidak salah bagi semua menjadikannya contoh dan teladan kepada semua, sekarang dan akan datang. Amat sayang beliau sudah tua dan kesihatan pun selalu terganggu.

Di hujung pentadbirannya itu hak Kelantan mulai datang satu demi satu. Ia dinafikan mendapat hak atas minyak yang di keluarkan dari zon ekonomi perairannya. Tetapi ia mulai diiktiraf.

Kerajaan pusat tidak mengakui Kelantan ada hak atas minyak. Tiba-tiba perdana menteri setuju memberi wang ihsan. Apa sebab? Mengapa tidak diberi kepada Pahang, Johor, Melaka dan lain-lain? Kerana mereka tidak bersangkutan.

Mengapa Kelantan hendak diberi wang ihsan? Kerana ia berhak. Tok Guru dan kerajaannya tidak menolak rezeki wang ihsan itu. Tetapi ia ihsan kerajaan pusat. Sedekah, kata Datuk Husam Musa.

Yang Kelantan tahu, royalti Kelantan tidak boleh diusik dengan wang ihsan itu. Kelantan menuntutnya dari Petronas sama seperti Tunku menuntut kemerdekaan Malaysia daripada Inggeris.

Dan di hujung tempoh 20 tahun itu juga Tok Guru termasuk 50 orang teratas dalam 500 orang tokoh Muslim dunia bagi tahun 2009 ini.

Antara 50 orang itu adalah raja-raja, ketua negara bukan raja dan ketua kerajaan pusat. Tok guru bukan raja dan bukan pimpinan kerajaan peringkat pusat. Beliau sekadar menteri besar sebuah negeri miskin dan pemimpin sebuah parti politik pembangkang.

Tetapi itulah penghormatan dunia kepada pemimpin kerajaan Kelantan dan pemimpin umat Muslim Malaysia itu.

Oleh Subky Abdul Latif

Khamis, 26 November 2009

AIDIL ADHA 09

Salam Aidil Adha di ucapkan kepada semua pengunjung Khadim Alquran...moga kita semua dalm rahmah dan kasih sayang Allah sentiasa,mohan maaf kepada semua kepada sahabat2 kerana lama tidak update blog yang tidak seberapa ini kerana kekangan masa yang cukup2 terbatas..Di kesempatan ini kami memohon maaf zahir dan batin,moga kita semua dapat menghayati aidil adha kali ini dengan penuh keinsafan.Akhirnya...JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR.


Rabu, 28 Oktober 2009

TOK GURU DAN BOLA

Salam ukhwah ..Alhmadullah hari ini kita masih lagi di beri peluang oleh Allah s.w.t untuk terus beramal ibadah dalam membentuk diri untuk menjadi mukmin yang sejati.Post kali ini agak berlainan sekali iaitu mengenai kehangatan bola sepak di negeri Kelantan,semalam berlangsungnya perlawanan diantara Kelantan vs Perlis dalam saingan Piala Mlaysia(separuh akhir yang pertama).Perlawanan ini begitu bermakna sekali kerana julung-julung kalinya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelanta dapat menghadirkan diri sebagai tanda sokongan kerajaan Kelantan terhadap bola sepak Kelantan.

Sehari sebelum perlawanan Tok Guru telah menyatakan persetujuan dengan nada yang menceriakn "Saya ada berita gembira... saya dah beri pengakuan untuk hadir dalam perlawanan Kelantan menentang Perlis esok (malam ini). Saya harap Kelantan menang," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu.Alhamdullah Tok Guru mengotakn janjinya,beliau hadir bersama beberapa orang exco,diantaranya speaker DUN kelantan,Ust Nasarudin Daud,Dato Takyudin,Dato Annuar Tan dan bebarapa Adun yang lain.

Pemain-pemain Kelantan menghadiahkan kemenangan 2-0 kepada penyokong dan hasrat Tok guru untuk melihat Kelantan mencapai Kemenangan tercapai.Tahniah kepada penjaring -penjaring gol Kelantan iaitu Indra Putra dan Rizal Fahmi.Insyallah Kelantan akan berusaha dengan lebih jitu lagi untuk menjuarai Piala Malysia setelah 39 tahun berusha..sama-kita doakan..


BERIKUT ADALAH VIDEO JARINGAN KELANTAN DAN GAMBAR-GAMBAR MENARIK SEBELUM DAN SELEPAS PERLAWANAN.
























TAHNIAH KEPADA TEAM KELANTAN YANG BERJAYA MENEWASKAN PERLIS 2-0..MOGA IMPIAN RAKYAT KELANTAN UNTUK MELIHAT PASUKAN KELANTAN MERANGKUL JUARA PIALA MALAYSIA TERCAPAI.
Credit untuk Userun dan Kelate.net.

Sabtu, 3 Oktober 2009

MAYAT HARUM SELEPAS 26 TAHUN DIKEBUMIKAN


KUBUR Kiai Abduulah di Tangerang, Jakarta.

JENAZAH seorang ulama di Indonesia, Kiai Abdullah H. Mukmin yang meninggal dunia pada 22 Oktober 1983 berbau wangi manakala kain kapannya masih elok ketika kuburnya digali untuk dipindahkan ke tempat lain di Tangerang, Jakarta, baru-baru ini. Menurut sebuah akhbar semalam, mayat Kiai Abdullah tidak reput dan masih berada dalam keadaan baik sama seperti ketika ditanam 26 tahun lalu. Kayu penutup jenazah itu didapati tidak reput termasuk kain kapan. Anak sulung Kiai Abdullah, Mukhtar Ali yang mengangkat jenazah bapanya dari liang lahat mengaku berasa terkejut. "Keadaan jenazah sama seperti semasa ditanam pada 22 Oktober 1983. Cuma tubuhnya kelihatan kurus manakala rambutnya putih" kata Mukhtar. Mukhtar dan keluarganya turut terkejut kerana jenazah bapa mereka berbau wangi.


GAMBAR fail menunjukkan Kiai Abdullah (kiri) ketika sedang belajar di Mekah.


Menurutnya, bau itu tidak sama dengan wangian yang dijual di kedai-kedai minyak wangi. Beberapa orang yang berada di kubur itu melaungkan takbir semasa menyaksikan kejadian tersebut. Kubur Kiai Abdullah terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan. Ketika masih hidup, Kiai Abdullah banyak menghabiskan masanya dengan belajar dan mengajar agama. Kubur baru ulama Ramai Diziarahi itu kini di depan pekarangan rumah seorang lagi anaknya, Achmad Fathi, yang terletak 15 meter dari lokasi pusara lamanya. – Agensi Jasad Masih Utuh Selama 26 Tahun Makam Kiai Abdullah Ramai Diziarahi M. Rizal Maslan - detikNews

Jumaat, 2 Oktober 2009

KELUHAN ANAK2 TERENGGANU(SIRI 5)

Penantian Adik2 baru pulang daripada Sinai


Penantian Adik2 baru pulang daripada Sinai


Astaghfirullaha’azim…

Itu sahajalah lafaz yang mampu ana ungkapkan, maklumlah kebencian yang teramat sangat di dalam hati ini atas segala perancangan jahat terhadap adik2 baru, semuanya isu politik, ternyata musibah yang berlaku tidak mampu mengubah tindak tanduk En. Kamal, memang benarlah kata2 Allah bahawa hidayah hanyalah haq Allah yang mutlaq. Kalau dah jahat, sampai bila2lah jahat sehingga datang kasih sayang yang Allah lemparkan dalam sanubari seseorang untuk berubah. Topik apa ni? Topik apa lagi…. Topik hangat lagi panas la, adik2 baru lagi sekali “diculik” dan senior2 Terengganu dinafikan haq terhadap adik2 baru.

Ternyata penantian demi penantian sekitar jam 2 pagi hampa apabila adik2 memaklumkan bahawa mereka akan dibawa ke Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah(ARMA), ini yang diberitahu oleh sahabat ana setelah dia menghubungi salah seorang adik2 baru. Kemungkinan mereka akan duduk dalam program di ARMA lagi 3 hari. Itulah usaha jahat pegawai terhadap adik2 baru, betul2 mahu memisahkan adik2 daripada senior Terengganu, bila ditanya kepada pegawai yayasan di Malaysia, ternyata program yang diatur ini bukan program yayasan Terengganu tapi program “bijok” En. Kamal.

Sebelum kami berkali-kali menghubungi adik2 baru, tapi tiada deringan, hampir semua nombor adik2 baru yang ada contact dalam handphone ana, ana cuba hubungi, tapi tiada deringan, mungkin ada di luar kawasan kot, sekitar jam 11 malam baru dapat ana hubungi adik2 baru tu, ternyata dia mereka sekarang baru keluar dari kawasan mana tau, tapi lambat lagi lah sampai, mungkin dekat subuh esok, ana pun apa lagi, teruskan maklumkan kepada sahabat2 agar dapat sama2 berjaga malam untuk menyambut adik2 baru, ana pun sempat pergi melihat bilik2 adik2 baru untuk ditempatkan, semua sudah diatur.

Bukan apa sahabat2 sekalian, kita tidak tahu perancangan orang2 licik ni, dalam kepala ana, licik betul pegawai2 ni, nak tiba kat kompleks pada waktu orang semua tidur, senang nak rancang aktiviti tanpa sebarang gangguan senior2 Terengganu terutama analah, jadi kita nak tunggulah kat bawah sambut adik2 baru bila mereka tiba, kita nak Tanya En. Kamal, kita nak bawa adik2 naik ke bilik, kita nak layan mereka puas2, kita nak beri mereka rehat yang cukup, kita nak buat itu untuk adik2, kita nak buat ini untuk adik2, pokoknya semua sekali lah, kita benar2 jaga kebajikan adik2 pelajar baru.

Kemudian ana cuba lagi sekali hubungi adik2 sekitar jam satu pagi, seorang adik menjawab dan memberitahu bahawa mereka sekarang tengah makan di Restoran, tapi tak tahu di mana, ada juga yang kata bahawa mereka sekarang berada di kedai jus buah, di tepinya ada maktabah Ummul Qura, kata sahabat ana itu memang sudah di Haiyyu Sabi’, maknanya mereka sekarang sudah dekat dengan asrama Terengganu, kata mereka, mereka akan pulang tapi tidak akan duduk di asrama Terengganu, mungkin akan ke Alex, tapi yang pasti ada perancangan lainlah. Tolong maklum ke ana bila anta sudah bertolak daripada restoran ke kompleks, itu yang ana beritahu dekat adik2 dalam telefon.

Dalam hati ana, kasihan betul lah adik2 kalau lepas ni ada program baru, letih baru tiba ke bumi Mesir ni pun belum hilang lagi, tak ditambah lagi letih hari2 yang berikutnya, jadi tak terhitung banyaknya letih adik2, sabarlah yer. Kemudian kami cuba lagi sekali hubungi adik2, ternyata memang comfirm kena tinggal dekat asrama, ini mesejnya:

Awok2 ni kena tohok(buang, campak) di Malaysia Hall(ARMA), dengar2 beg2 bagasi akan dihantar ke ARMA juga, rezab aku, rezab!!

Itulah luahan hati seorang adik pelajar baru yang mungkin mewakili suara adik2 baru Terengganu, bagi ana mesej ini sedikit menyentak hati, terzahir kebencian adik2 kepada pegawai, tergamak melakukan sebegini rupa, itupun masih ada orang nak puji, masih ada nak sokong, orang macam ni tak layak dipanggil manusia, kerana tidak memahami hati manusia lain, kata guruku, kalau macam ni mereka zahir manusia tapi hati mereka sebenarnya adalah binatang. Adik sempat memberitahu kami agar tidak tunggu mereka pulang, sebabnya macam yang ana ceritakan, mereka akan ke ARMA, dan tolong jangan call buat masa ni sebab kakak2 Facilitator ISMA macam dah detect kite orang.

Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepada mereka(adik2 baru) dalam menghadapi segala rintangan dan halangan serta kurniakanlah kesabaran dalam hati mereka terhadap segala mehnah ujian yang sedang mereka lalui.

Ya Allah! Tetapkanlah hati2 mereka dengan cahaya Islam yang sebenar, jangan engkau biarkan musuh2 engkau mempergunakan mereka(adik2 baru) dan menzalimi mereka.

Ya Allah! Perlihatkanlah kepada kami segala kebenaran, bukalah aib mereka semua(orang tulah) agar seluruh mahasiswa Islam di dunia mengenali siapa pejuang dan siapa lawan.

Ya Allah! Permudahkanlah segala urusan kami, menangkanlah kami dan tewaskanlah mereka dan perancangan jahat mereka, berikanlah kejayaan kepada kami di dunia dan di akhirat.

Ya Allah! Pertemukanlah kami dengan adik2 kami, apa yang pasti kami tahu engkau telah pertemukan hati2 kami dengan mereka, maka pertemukanlah pula kami dengan mata zahir agar kami bias bersama mereka.
Sumber Asal:http://syeikhubaidillah.blogspot.com/

KELUHAN ANAK2 TERENGGANU(SIRI 4)



Perjalanan adik2 ke Sinai-Ahad
Keesokan harinya, ana menghubungi adik2 untuk bertanya tentang perjalanan mereka dan keselamatan mereka, maklumlah yang menjaga mereka sekarang adalah ibu tiri. Ternyata adik2 melaporkan bahawa sekarang mereka berada di Taba di tepi pantai dan menginap di Resort Nuwaiba, dan sekarang(9pagi) sedang berlangsung perasmian program, mungkin program orientasi kot, budak2 mengadu bahawa mereka kepenatan, dah setakat ni masih tidak tahu tentatif program dan pengisian yang bakal digunakan. Di resort ni mungkin dalam 2-3 hari juga, mungkin hari last baru naik ke Sinai.

Kemudian ana Tanya siapa yang terlibat dalam mengendalikan program ni, dia orang beritahu Luqman, Faizal UMNO, En. Ariffin dan ramai lagi, Cuma adik2 baru tidak kenal. Setakat ni taaruf, lepas tu main2 sikit, kemudian campur puan laki, yang macam nilah sesetengah pihak(tekalah sape) mahu, campur2 macam, kalau PMRAM, kita memang tak ada program campur2 macam ni dah, sebab ikhtilat, sebab masih boleh kita asingkan antara lelaki dan perempuan, setakat ni ok jer, die orang ni(tekalah), tak boleh kalau buat program tak ada yang macam ni, bergalak-galak sikit, lepas tu campur laki puan, kononnya berfikiran terbuka, tulah, suruh pergi talaqqi malas, duk baca kitab sendiri dengan pembelajaran dalam berkumpulan sahaja tanpa syeikh, tak jadi.

Namun ternyata berlaku sedikit gimik yang sedikit kelakar dan membimbangkan adik2 baru kita, sewaktu berada di sempadan Israel, adik2 mengerjakan sembahyang maghrib berjemaah, kemudian membaca ayat jihad daripada surah As-Shaff, namun apa yang berlaku sahabat2 sekalian, SB Israel datang dan bertanya, kenapa baca ayat jihad dalam sembahyang, maklumlah budak2 ni tidak dapat pendedahan tentang ketidakbolehan membaca ayat2 yang sensitif di kawasan seperti itu, tambahan pula sekarang Israel dalam keadaan krisis kenegaraan yang membimbangkan, banyak pelampau2 Yahudi buat hal, jadi En. Kamal terpaksa melalui semua ni kerana dia merupakan orang yang bertanggungjawab.

Mengenai peristiwa di atas pegawai Terengganu dan pegawai SUK Yayasan Terengganu iaitu En. Kamal dan En. Luqman terpaksa berhadapan dengan SB Israel, dan akhirnya mereka dibawa ke(tidak tahu ke mana)suatu tempat untuk disoal siasat, dari mana ana dapat mesej ni, ana bukan link dengan En. Kamal pun, tapi daripada adik2 yang ketakutan, ternyata perjalanan mereka jadi pengalaman dan pengiktibaran buat En. Kamal, seolah-olah cerita yang berlaku macam dalam drama melayu, yang akhirnya En. Kamal insaf dan menyesal lalu berubah, tapi kali tak tahulah macam mana, harap2 begitulah kesudahannya, moga2 kalian semua selamat, tidak kiralah pegawai2 ke, ISMA ke, UMNO ke, semoga kalian selamat sampai ke bumi Kaherah, ana bukan hipokrit, tapi ana dah kata, kita Cuma benci perbuatan mereka sahaja bukan mereka.

Ternyata malam ni besar kemungkinan adik2 tiba ke kompleks, tak sabar rasanya nak menyambut adik2 lama tapi macam baru, sedangkan adik2 baru persendirian dilayan begitu sempurna dan baik sekali, maafkan kami adik2 kerana tidak diberi kesempatan untuk melayan adik2, mungkin Tuhan yang Maha Kaya mahu menguji kita semua, mahu menguji adik2, mahu menguji senior2 Terengganu, mahu menguji ana, mahu menguji ISMA dan semua sekali, dan pasti ada hikmahnya. Sama2 kita fikir dan renung2kan, mohon kemaafan kepada semua pembaca dan sahabat ISMA yang terlalu banyak salah faham, baca biar habis lain kali, tolong jangan laknat melaknat.
Sumber Asal:http://syeikhubaidillah.blogspot.com/

KELUHAN ANAK2 TERENGGANU(SIRI 3)

Apa lagi, ana pun cuba menghubungi adik2, ana fikir dia orang mungkin belum tidur, telefon punya telefon tak ada orang angkat, selepas beberapa ketika, adik2 call ana, ustaz ubai, boleh tak tolong datang dekat rumah sekejap(adik2 yang tinggal jauh daripada rumah pelajar Terengganu), baik2, itu yang ana mampu ungkapkan(sedikit kerisauan dalam hati). Ana pun dengan segera mencari sahabat ana yang juga merupakan senior ana, kami cuba dapatkan moto untuk bergerak ke sana, 20 minit kemudian kami tiba di tempat penginapan adik2. Hati ana jadi sayu melihat keadaan adik2 yang dibiarkan hidup macam merempat, seperti orang yang kehilangan saudara mara, meskipun rumah agak cantik dan banyak perkakas, tapi adik2 hidup dalam keadaan bersepah dan tidak terurus.

Itulah bila diserahkan kepada orang ibu tiri yang jaga anak2 kita, sebab ibu tiri ni kerja dia kikis harta dan buat zalim jer, kan macam tu watak2 dalam filem @ drama, tak gitu kawan2? Kemudian ana sempat berbicara dan berceloteh dengan adik2. Malam tu ana risau juga, kot2 ada orang ISMA yang datang, maklumlah ana dengar adik2 belum makan, jadi dia orang akan hantar makanan dalam pukul 11.30, sebab itu ana call dulu adik2 tu, ternyata makanan dia orang sudah sampai, ana pun yakinlah bahawa dia orang tidak akan datang lagi, kami pun masuk ke dalam rumah, itu yang ana sempat beritahu adik2 di samping sedikit pengenalan tentang KPT, PMRAM dan ISMA, bukan apa sahabat2 sekalian, cara ISMA tarik adik2 baru sangat halus, lebih halus daripada benang, dan sangat manis, lebih manis daripada madu.

Dan akhirnya ana pesan kat adik2 supaya pandai2 fikir mana yang betul, ana dah sampaikan apa yang patut, adik2 boleh fikir dengan melihat apa yang menimpa adik2 sepanjang berada di Mesir. Kami pun sempat membuat pakatan dengan adik2, untuk memberikan simcard, agar mudah untuk berhubung dan berusan dengan mereka selepas ni, maklumlah esok mereka semua akan ke Sinai, sangat sukar untuk ana dan sahabat2 ambil tindakan kalau mereka berjauhan, paling kurang kita boleh dapat info perjalanan dan tahap keselamatan mereka, meskipun berjauhan.

Hari keempat di Mesir-Ahad
Hari ini budak2 akan dibawa lari daripada keluarga penuntut Terengganu, kononnya agar segala perancangan mereka akan berjalan dengan lancer tanpa sebarang gangguan seperti yang berlaku ketika di Kaherah, mana2 program mesti jumpa dengan pelajar2 lama Terengganu, itu yang dia orang tidak mahu, tapi mereka tidak tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikan gerak-geri mereka, dan Allah pasti akan menggagalkan setiap perancangan jahat mereka, termasuk pegawai2, orang2 ISMA dan orang2 UMNO yang terlibat, perhati baik2, sahabat2 ISMA jangan cepat melatah, ana cuma kata kepada mereka yang terlibat sahaja, kalau kalian melatah, maknanya terlibatlah tu, mungkin sebagai perancang atau penyokong.

Di pagi harinya, seperti biasa pakatan pelajar berusaha untuk menyiapkan makanan untuk adik2 baru, kami buat nasi lemak, seronok tengok adik2 makan, dapat lagi kami beramah mesra dengan adik2 baru, sambil bercakap mesra, seolah-olah sudah rapat, ini meyakinkan lagi kepada kami bahawa adik2 sudah bersama kami meskipun tubuh mereka dimiliki oleh pegawai, askar ISMA dan UMNO. Tak perlu berdalih kononnya ISMA tidak terlibat, kalau tepat sekalipun bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh sahabat ana ISMA tu bahawa Mustaqim bukan ISMA, ok ana terima, tak perlu diperbesarkan, yang pasti ISMA terlibat, matlamat utama posting ana bukan untuk bercakap soal Mustaqim, tapi soal ISMA, kenapa ISMA masuk campur dan kenapa pegawai mengutamakan ISMA daripada KPT, mesti ada sesuatu…..

Ana dimaklumkan, bahawa perjalanan hari ini bermula jam 11 pagi, jadi ana merasakan bahawa pegawai akan bangun sekitar jam 10 pagi, tapi mereka tak terkejut menyebabkan waktu berganjak selepas zohor, he3…orang yang suka buat khianat mereka tak mampu nak bangun subuh. Itulah padahnya, tapi untungnya sebelah kitalah, lagi lama dapat bersama adik2. Selepas makan, ana bawa adik2 pergi ke bilik komputer di asrama pelajar Terengganu, adik2 juga sempat melihat nama2 mereka tertampal di pintu, itu yang mayakinkan kepada mereka bahawa apa yang pegawai cakap selama ni tentang KPT dan abang2 lama tidak benar dan dusta belaka.

Seronok melihat gelagat adik2 yang ramai di dalam bilik komputer, sebahagian yang lain berada di bilik makan, dan sebahagian yang lain pula berkumpul di surau, masa tu orang2 lama cuba bermbang dengan adik2 baru, maklumlah baru dapat bersama, tak macam ana, dari awal sampai dia orang ke Sinai he3. Masing2 yang ada laptop buka laptop, YM keluarga dan ada juga yang call keluarga, maklumlah rindu giler dia orang cakap, nak bercakap line tak berape clear, cuma dapat dengar suara jer, tapi itu dah membuatkan mereka gembira. Pegawai hanya mampu lihat sahaja gerak-geri adik2 yang naik turun tangga, mungkin dah penat kot kawal adik2, atau mungkin nak lepas geram bila di Sinai nanti kot, tak tahulah, tunggulah apa yang berlaku.

Sekali lagi sahabat2, adik2 dapat bersama dengan pelajar KPT termasuk YDP Terengganu dan juga Pengarah Program USMB, inilah yang pertama, terzahir kegembiraan di wajah YDP kerana akhirnya hasrat untuk menyatakan sesuatu kepada adik2 tercapai juga, kalimah tersebut tidak lain dan tidak bukan “selamat datang adik2 ke bumi kinanah”. Sedikit pengenalan disampaikan tentang KPT oleh YDP kite, dan nasihat kepada adik2 yang bakal ke Sinai seketika sahaja lagi. Ana sempat melihat aksi adik2 ketika YDP bercakap, masing kaku mendengar ucapan YDP, YDP pun cuba menjelaskan bahawa KPT bukan tidak mahu menyambut adik2 baru, kerana itu yang adik2 baru dapat info daripada pegawai, baru sekarang dia orang jelas tentang isu ni.

Adik2 kemudiannya bersalam dengan abang2 lama, sambil saling memperkenalkan diri masing2, selepas itu mereka turun untuk ambil beg pakaian, maklumlah van sudah sampai, sebanyak 5 van disediakan, ana dan sahabat2 sempat bergurau dan bercakap dengan pegawai, Faizal UMNO, budak2 bu’uth(yang handle adik2 baru), tapi tak sempat bercakap dengan budak2 ISMA akhowat, antaranya Mariam, Mariam bukan ISMA, nak bukti konon, ana boleh beri bukti, kita bukan cakap saje, jangan kata yang Mariam dah keluar dari ISMA lepas tu join PMRAM, takder macam tu.

Oleh kerana tidak tahan melihat tentera En. Kamal menghisap rokok di hadapan pelajar2 baru, ana kemudiannya memanggil Faizal UMNO, ana pun beritahu kepada Faizal UMNO, En. Fadzli bekas Imam Besar Masjid Negeri, dan Tuan Majdi serta Mustaqim.

Ubai: Faizal! kau boleh tolong beritahu kat budak2 yang hisap rokok tak, jangan merokok di hadapan budak2, paling kurang jaga imej, kalau nak hisap juga, hisaplah belakang budak2, jangan di hadapan budak2,

Faizal: dia orang ada hisap rokok ke?

Ubai: ada lah, tadi baru ana tengok

Faizal: ooo, takpe2, nanti ana beritahu budaok2 tu

Berbeza pula dengan Tuan Majdi…

Ubai: Ustaz! Sekejap ustaz, ana nak beritahu sesuatu ni, boleh tak ustaz beritahu dekat anak buah ustaz agar jangan merokok depan adik2 baru, tak sedaplah mata memandang, jagalah sikit imej..

Majdi: Ana tak tahu, yang tu kena Tanya ustaz Kamal(tengkorak dia ustaz kamal, sikit2 ustaz Kamal, nak suruh jangan merokok kena minta kebenaran pegawai, yang tu ana kata dalam hati la), anta cuba Tanya mustaqim lagipun ana tak ikut, Mustaqim ikut, anta boleh beritahu kat dia.

Ubai: Mana Musataqim(dengan cara baik la, bukan nak ajak bertumbuk yer, ana ni mana berani, bertikam lidah boleh kot).

Mustaqim: Ana bendape syeikh?

Ubai: Gini, tolong kabo ke budok2 tu, jangan hisap rokok depan adik2 baru.

Mustaqim: Beres syeikh, nanti ana kabo, tak dok masalah…

Ana masih tak berpuas hati, ana pun beritahu dekat sorang lagi yaitu bekas Imam Besar Masjid Terengganu.

Ubai: Ustaz, boleh tolong kabo ke budok2 yang hisap rokok dok, kalau boleh jangan merokok depan budok2.

Imam: InsyaAllah…(muka kelihatan belum berpuas hati dengan ana sebab tegur dia (Imam) pasal jama’ takhir)…

Seterusnya, ana sempat beramah mesra dengan adik2 dengan lebih rapat, sambil bergurau senda, ana pun dah kenal di orang semua, begitu juga dia orang, ana pun sempat manasihati mereka agar jaga diri, keslamatan dan harta benda, sebelum daripada tu, atas insiatif ana, ana pun mengumpul harta adik2 yang berharga seperti laptop dan lainnya untuk dijaga dan ditinggalkan di rumah Terengganu bersama abang2, kerana itu yang lebih selamat, kerana sudah kerap berlaku kes kecurian di tempat penginapan di Sinai, maklumlah mereka(pejaga rumah penginapan)pun ada kunci, lagipun kewasan di sana kerap berlaku kecurian kerana mereka tahu pelancong yang datang mesti membawa banyak barang2 yang berharga termasuk wang poket serta passport.

Sebelum bermula perjalanan mereka, ana sempat memberitahu adik2 agar terus melaporkan perjalanan mereka sepanjang ke Sinai, pasal topup jangan risau, maklum sahaja kepada ana, ana akan tambah topup, itu janji ana, yang penting jaga diri, itu yang harapkan, ana sempat pesan juga kepada salah seorang adik2 baru yang agak boleh diharap, kiranya abang kepada adik2 ni lah, jaga adik2 medik baik2, ada apa2 maklum ke ana, begitu juga dengan sebilangan akhowat, selamat jalan dan jaga diri elok2, itu sahaja yang mampu dilafazkan, tak boleh lebih2. Akhirnya perjalanan bermula, pengembaraan menanti, misi pegawai dijelajahi, ISMA suka hati, UMNO menari, Tuhan memperhati, semoga perjalanan adik2 diberkati.

Buat pak cik & mak cik
Ternyata segala yang berlaku tidak diketahui oleh keluarga yang ada di Malaysia, ternyata anak2 mereka berada dalam keadaan yang sedikit tertekan, kepenatan, dikongkong dan sebagainya, namun apa yang kami mampu lakukan pak cik & mak cik, suara kami tidak diendah oleh pegawai yang tak berhati perut tu, begitu juga suara anak2 pak cik & mak cik, yang dia orang ikut hanyalah kehendak akal mereka yang kurang cerdik. Ana sangat berharap kepada pak cik dan mak cik, boleh melaporkan kepada pihak yang berkenaan dan bertanya sendiri kepada anak2 tentang keadaan mereka sekarang ni, program yang padat tanpa rehat yang secukupnya ternyata membantutkan niat suci anak2 pak cik & mak cik untuk berhubung dengan ibu dan ayah mereka. Kejam3…

Kepada ISMAku
Ternyata kehadiran kalian hanya membawa perpecahan kepada para Mahasiswa di bumi Mesir ini, kenapa perlu diwujudkan jemaah yang baru sedangkan sudah ada satu jemaah yang benar2 menjaga kebajikan anak2 pelajar Malaysia di bumi Mesir sejak sekian lama, apa yang kurang sepatutnya ditampung dan disokong, dan bukan ditentang atau dimusuhi, sepatutnya saudara Islam membantu saudara Islam yang lain2. Kenapa nak wujudkan jemaah lain yang hanya melambatkan kemenangan Islam sahaja, atau kalian gilakan kepimpinan, kalau betul benda tu boleh dirunding, yang penting matlamat kita satu iaitu untuk menghidupkan perjuangan Islam.
sumber asal:http://syeikhubaidillah.blogspot.com/

KELUHAN ANAK2 TERENGGANU(SIRI 2)

Hari ketiga di Mesir-Sabtu

Ketika ana pulang daripada Masjid As-Syarbini berdekatan dengan kompleks KPT, ana baru perasan pintu adik2 terbuka, lalu ana cuba menegur adik2 yang kebetulan lihat ana lalu di situ, ana juga sempat untuk bertanya khabar adik2, lalu di situlah bermulanya pakatan dengan adik2 yang dikurung, ana memberikan simcard kepada salah seorang pelajar baru dengan harapan dapat berhubung dengan mereka dan dapatkan info terbaru dan seterusnya perancangan pakatan pegawai(PPP). Di situ sempatlah ana memberikan pengenalan tentang PMRAM dan ISMA, begitu juga dengan KPT, apa itu KPT, bukan Kementerian Pengajian Tinggi tapi Keluarga Penuntut2 Terengganu.

Ana juga turut menceritakan tentang kesudiaan kami menyambut mereka dengan tangan dan hati yang terbuka, sekaligus menangkis kenyataan jahat mereka yang berbaur hasutan kepada adik2 baru tentang layanan abang2 kepada adik2, ana juga sempat menasihati mereka agar buka mata sedikit, tengok perbezaaan ISMA dengan PMRAM, orang Terengganu yang menyertai ISMA 3 orang jer keahlian, PMRAM ramai sekali, jadi fikir logiklah, mana satu persatuan yang betul, mana satu yang salah, takkan yang sedikit tu lagi betul kot, kakak2 yang handle akhowat tu, semuanya ISMA, jangan tertipu. Ada lagi yang panas sahabat2 sekalian, apa dia…..

Begini, yang paling teruk dalam perjalanan adik2 ni, dia orang langsung tak jaga sembahyang, sampaikan beberapa orang adik2 baru kita ni tidak sembahang maghrib, sebab tidak sempat, tidak sempat itu adalah disebabkan pegawai, dahlah driver tu kristian, pegawai2 ni pulak macam syiah, konon boleh jamak, dari awal sampai akhir, kerja nak jamak jer, tak ada kerja lain, belajar dah azhar, tapi ilmu macam budak kecik lagi, mungkin dalam bab ni jer kot dia macam tu, maklumlah UMNO, begitulah tabiat mereka, tambah2 lagi tarbiyah Idris Jusohlah katakan.

Sahabat2, isu sembahyang ni bukan isu main2 tau, ini isu agama, mempersendakan agama hukumnya kafir, tak perlu nak diperlebarkan, semua sahabat2 tahu, kalau nak diperlebarkan juga, tanya puak2 ISMA yang kunjung dalam blog ni, dia orang semua kuat tarbiyah, ana kagum dengan mereka, ana tak layak, kalau yang macam ni boleh kot, hanya sekadar laporan yang ana sendiri lalui. Cuma ana ingin mempersoalkan sedikit, kenapa akhowat ISMA yang ada dalam tu langsung tidak bersuara bila keadaan macam ni berlaku, kata kuat tarbiyyah, siap dapat tarbiyyah daripada syeikh2 besar lagi, ternyata ilmu yang banyak kalau tersalah medan pasti tak berapa tepat, medan kita kat Mesir ni PMRAM bukan ISMA.

Ternyata hari ini perkara yang sama berlaku, mereka kelaparan, namun akhowat sempat menyediakan sedikit makanan khas untuk adik2 baru, meskipun tiada perancangan dan peruntukan, kita berjaya menolong sekadar yang mampu kepada adik2 baru, itulah hasil kerjasama semua, perancangan yang drastik atau mengejut ini berjaya dengan jayanya, dan adik2 suka nasi goreng yang akhowat buat, dan kami sempat beramah mesra dengan adik2 ketika mereka makan, maklumlah itu kali pertama pelajar2 lama dapat bersama dengan adik2 baru, Alhamdulillah sedikit terjalin kemesraan di antara kami semua selaku keluarga penuntut2 Terengganu dan mereka selaku warga yang baru.

Apa yang mengejutkan ana adalah, adik2 beritahu bahawa mereka ada bertanya kepada pegawai, kenapa mereka tidak boleh masuk asrama pelajar, tahu tak sahabat2 apa yang mereka jawab, abang2 lama tak nak keluar, lepas raya baru dia orang keluar, lepas tu baru boleh masuk, kuat betul pakatan pegawai klentong adik2, seolah-olah suatu fitnah kepada kami selaku keluarga penuntut2 Terengganu, padahal mereka ingin menjauhkan adik2 baru daripada warga penuntut2 Terengganu, itu yang sebenarnya, kami semua sudah membersihkan bilik, menyusun kedudukan bilik, merancang pelbagai program untuk adik2, termasuk rehat yang cukup iaitu 3 hari tanpa gangguan, merancang untuk memasak dan banyak lagi, itulah yang cuba ana katakana kepada adik2.

Adik2! Kalau tak percaya abang2 boleh bawa pergi tengok bilik adik2 semua, nama2 telah disusun untuk duduk di bilik2, kami menjanjikan tempat yang selesa dan layanan yang mesra, namun adik2 tidak dapat merasa itu semua atas tindakan tidak cerdik En. Kamal UMNO (pegawai Terengganu). Namun, jangan bersedih hati, nanti dapat juga merasa, berapa lama dia orang boleh pisahkan kita, paling lama 2 minggu, lepas tu tamatlah, ana sudah tidak kisah lagi, sebab adik2 sudah dapat bezakan mana yang betul dan mana yang salah, yang pasti ana percaya kepada mereka, itu yang ana lafazkan kepada adik2, Cuma ana risau kebajikan mereka tidak terjaga, dan ini akan mempengaruhi keselamatan mereka, maklumlah mereka semua belum serasi dengan situasi dan keadaan cuaca di Mesir ni.

Sekejap lagi adik2 akan bertolak, hari ini dengan tremco, ana sempat pergi kepada driver tremco untuk bertanya tentang perjalanan hari ini, katanya akan ke maqam auliya’. Sedikit kekecohan yang berlaku, yang dimulakan oleh adik2 bu’uth, bilamana mereka mengadu kepada ayah angkat dia orang, Tuan Majdi, mereka mengadu bahawa ana kata dia orang ni wahabi, maka datanglah Tuan Majdi mengheret ana ke arah van yang sedikit jauh daripada kelompok sahabat, ana ingat nak ajak ana naik sekali van tu tapi nak tanya:

Majdi: awak beritahu apa dekat anak2 saya?tahu tak saya ajar anak2 saya benci wahabi, awak tahu dok?

Ubai: sabar ustaz,(dalam keadaan dia bercakap tak berhenti), dengar dulu sini, dengar dulu, eh awak dua orang(anak2 dia ah), ana kabo bendape ke awok 2 orang, ada ana kata awok berdua wahabi ke?

Budok 2 orang: tak dok ustaz…

Ustaz: doh, bakpe awok kabo gitu..(lalu ana beritahu ke Majdi)…ustaz tahu do kana kabo bendape sebenarnya, ana kabo ke adik2 baru, ana kabo bila gi ke kubur wali, tawassul lah, minta kuat daya ingatan ke, lepas tu ana kabo ke budaok2 tu, ana bukan wahabi yer, marah orang bertawassul(budok2 bu’uth itu yang kebetulan ada di situ perasan orang kata ke dia, itu dia punya masalah lah).

Bila melihat keadaan ana diheret ke van, salah seorang sahabat ana pun datang dalam keadaansedikit panas baran, ada mende ustaz?(muka yang tidak senang, marah), Tuan Majdi pun apa lagi, dia pun berbicara, awok nak mende, hah, awok jangan kurang ajar dengan saya, lebih kurang macam tulah, kemudian mulalah dia melawak, ana ni orang alim syeikh(sedikit ketawa di dalam hati), ana pun balas, betul2 ustaz, kita semua alim, bukan ustaz sorang jer(he3), ana ni asya’irah, lepasan al-azhar tahu dok, ana pun balas lagi sekali, kita semua asya’rah, ana tahu, sebab orang zahari semua asya’irah, tak perlu cerita(ana cakap baik2 la, sedikit hipokritlah katakana, dalam hati geram giler + lawak, tapi sebab hormat dia yang lebih tua daripada kita).

Apa yang lawak lagi, dia suruh ana nasihat dekat YDP dengan sahabat ana yang sorang lagi tu supaya hormat sikit dekat En. Kamal, jangan kurang ajar sangat, ikut arahan dialah, macam2 lagi, tak payah dipanjangkan cerita pasal dia, buat virus dalam blog ni jer. Di petang harinya, sekali lagi berlaku macam tu, bilamana Tuan Majdi dan Faizal UMNO ada dekat koperasi kompleks. Kita mengadu tentang adik2 yang tidak sempat sembahyang maghrib, Tuan Majdi buat melawak, saya solat tak pernah tinggal, puasa 30 hari bulan ramadhan(tak payah ceritalah kehebatan tu, yang tu fardhu memang wajib buat, kalau puasa isnin & khamis tak pernah tinggal, takper juga nak bangga), tak cerdik langsung.

Berlainan pula dengan reaksi Faizal, betul ke Syeikh, tanyaa macam tak percaya, ingat orang saje2 reka cerita, betul lah, budak2 sendiri yang mengadu, mereka tidak sempat solat maghrib dan terpaksa qadha’, ini isu sembahyang mana boleh diremehkan, sembahyang fardu, bukan sembahyang sunat, kalau main2 boleh jadi kafir, kerana mempersendakan agama, kalau tidak sengaja boleh dimaafkan. Tapi itulah yang berlaku, ke mana pergi bekas Imam Besar Terengganu, anta akan dipertanggungjawab kerana membiarkan perkara ini berlaku.

Perjalanan hari ini menuju ke piramid di Giza, tapi disebabkan mahal kami tidak masuk, kemudian melawat maqam2 para auliya’ sekitar Kaherah, kemudian berehat di masjid, kemudian En. Kamal suruh beli kasut bagi sesiapa yang pakai selipar sebab nak panjat bukit Tursina, tapi tak tahu jadi atau tidak, beritahu salah seorang adik2 baru kepada ana melalui pesanan ringkas sms. Itu yang ana terima daripada adik2 baru kita. Namun ternyata tidak beberapa lama kemudian, ana dapat mesej daripada adik2 menyatakan bahawa perjalanan ke Sinai hari ini tidak jadi, mungkin esok pagi kot. Bermakna perjalanan ke Sinai tetap jadi, Cuma ditunda waktunya sahaja memandangkan adik2 tidak membawa kelengkapan yang lengkap.

Ini yang membuatkan ana risau, maklumlah perjalanan ke Sinai jauh dan meletihkan, sedangkan adik2 baru sahaja sampai, tak pernah dibuat orang, macam adik2 dah nak balik, padahal masih banyak masa, kenapa tidak diberi rehat yang secukupnya kepada adik2 baru ni, mereka bukan robot, tapi macam robot, terpaksa ikut arahan pegawai, maklumlah kalau lawan, nanti kena tarik pinjaman pula. Tak perlu digambarkan, masing2 boleh gambarkan bagaimana suasana perjalanan ke Sinai, setahu ana sedikit seronok tapi sangat meletihkan. Tak dapat ana bayangkan bagaimana keadaan adik2 yang tak bermaya ni mendaki bukit Tursina, bayangkan 3000 anak tangga tu, itu baru naik, tak kira lagi turun.

Setelah selesai daripada mengelamun nasib adik2 yang baru ni, terima lagi satu mesej daripada adik baru yang lain pula, berita yang lagi sahih, kalau yang tadi ada “kot” (tidak pasti), maklumat tentang perjalanan daripada En. Kamal, pagi esok(Ahad) akan ke Sinai, malam ni balik ke Kompleks dulu, dan esok akan keluar Kaherah sampai habis program. Kemudian selepas maghrib, adik2 melaporkan bahawa mereka sekarang berada di money changer untuk pertukaran wang dolar kepada wang pounds, selepas tu akan pulang ke kompleks. Sepatutnya ana tunggu dan sambut kepulangan dia orang ke kompleks, tapi ana tertidur lalu tak tahu apa yang berlaku, sehinggalah ana terkejut jam 11.40 malam. Dikatakan adik2 sudah balik.
Sumber Asal:http://syeikhubaidillah.blogspot.com/

Rabu, 30 September 2009

BERITA YANG TIDAK AKAN DISIARKAN SELAMA2NYA



Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.