Ahad, 13 September 2009
MENARIKNYA BILLBOARD RAMADHAN DI KELANTAN
Salam lailatulqadar kepada semua ummat islam sekalian,di harap semuanya dalam rahmah dan hidyah ALLAH s.w.t selalu dan selama2nya..Kerinduan terhadap negeri kelahirah tidak dapat di bendung lagi bila melihat billboard dan banner yang ada merata2 di negeri Kelantan.Artikel yang saya petik dari muslimeen united ini menarik untuk di kongsi bersama..Rindunya kampung halaman...Tahun ini,kami beraya di perantaun lagi.Doakan kami k..
Dinsman telah menulis….
” Ramadhan juga adalah bulan al-Quran, kerana al-Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bulan Ramadhan. Mengambil sempena itu Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan TG Nik Aziz mengeluarkan kain-kain banner yang menunjukkan orang membaca Quran, dan memasangnya di merata-rata tempat yang strategik. Tujuannya sebagai kempen supaya orang membaca Quran dengan lebih rajin di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kata Tok Guru, “kita tengok pun senang rasa hati.”
Tetapi hatinya yang senang itu pula mengusik mindanya menjadi kritis dan kreatif. Maka dilihatnya dalam imaginasinya ada gambaran lain yang lebih wajar, bagi menampilkan mesejnya. “Tolong buat banner lain,” kata Tok Guru yang kreatif ini, “orang baca Quran itu, kalau boleh, ada anak atas ribanya. Menandakan kita di Kelantan mendidik generasi Quran. Aku baca Quran, anak aku dengar. Walaupun anak baru berumur sebulan atau setahun, tapi Islam menetapkan apabila anak dilahirkan, kita diminta azan di telinganya, biar nama Allah dan Nabi Muhammad dalam azan itu masuk ke dalam telinga anak kita. Dia fahamkah tak fahamkah, tak mengapa, kita hanya turut Nabi Muhammad saw.”
Sangat menarik! Rupa-rupanya sampai kepada rekabentuk banner pun turut difikirkan oleh pemimpin ini. Lihatlah gambaran terperinci yang diberikannya: “Waktu dia baca Quran dan anak di atas riba itu, isterinya juga ada dalam gambar, membawa anak-anak pergi ke masjid. Dan anak-anak itu, waktu pergi ke masjid, dipimpin oleh emaknya, dia melompat dan menjerit suka tengok orang ramai di masjid, dan di masjid pula nampak ramai orang sedang mengambil wudhuk dan sebagainya.” - Dinsman
Saranan dan hasrat tok guru itu telah diterjemahkan oleh PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) melalui billboard dan banner yang telah dipasang dijalan-jalan utama di seluruh Kelantan…
Billboard yang dipasang oleh PMBK hasil daripada idea dan saranan TGNA
PKINK juga turut sama menjayakan hasrat murni ini.
Rindunya Kelate kito..moga semuanya di berkati diatas segala usaha kerajaan negeri untuk memantapkan biah solehah di negeri Kelate..amin..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
rajin2 lah melawat blog rakan..
BalasPadamhttp://cupingmerah.blogspot.com/2009/09/kelantan-negeri-mundur.html
saudara bleh dapatkan gambar patung di kelantan tk?
klau boleh emailkan kepada saya..
cupingmerah@yahoo.com.sg
kerjasama amatlah diharapkan..terimakasih
assalamualaikum.
BalasPadamkakchik harap diizinkan kakchik menyalin gambar-gambar papan iklan di entri ini untuk di kongsikan di dalam blog keluargakusayang.blogspot.com, kelatemaghi.blogspot.com dan facebook kakchik. kakchik mahu promosikan kepada kenalan di seluruh dunia melalui ketiga-tiga medium tersebut.
kredit akan ditulis di bahagian atas entri.
harap dihalalkan.