Khamis, 7 Januari 2010

CARA-CARA MENERIMA PINANGAN





[A] Mengalu-alukan kedatangan rombongan pihak lelaki

1. Bertanya khabar, yang tua dimuliakan & dihormati, yang muda-muda diberi galakan bersama dalam majlis (bukan duduk di luar sahaja).

[B] Memulakan majlis pertunangan secara rasmi

1. Mulakan majlis rasmi dengan bismillah dan ucapan syukur ...
Disertakan koleksi pantun-pantun yang boleh membantu menyerikan majlis. Berpantun merupakan seni Melayu dalam memperkatakan hajat hati secara halus.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai wakil pihak perempuan, sekiranya wakil pihak perempuan memulakan pantun dan tidak dibalas dengan pantun oleh wakil pihak lelaki, adalah baik dan lebih bijak kiranya wakil pihak perempuan tidak meneruskan seni permainan pantun atas dasar menghormati tetamu pihak lelaki. Cukuplah dengan kata-kata biasa sahaja.

Kapal dagang dari seberang,
Bawa muatan kayu meranti.
Dari jauh tuan puan datang,
Kami disini sedia menanti.

Batu kecubung berwarna biru,
Ditatah berlian batu bermutu.
Adab kami menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.

Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari?


2. Bila wakil pihak lelaki memberi tepak sirih,

Tepak sirih di bawa bersama,
Sirih datang dari kota.
Orang memberi kami menerima,
Syariah Islam pegangan kita.

Selepas itu bolehlah bincang apa-apa ketetapan diantara kedua-dua pihak seperti hantaran, tarikh kahwin dan sebagainya. Kebiasaannya perkara teknikal sebegini sudah di persetujui sebelum ini, oleh itu wakil kedua-dua pihak boleh memberi penyataan umum sebagaimana yang telah ditentukan oleh kedua-dua pihak.



3. Bila wakil pihak lelaki menunjukkan dan memberikan cincin pertunangan, wakil pihak perempuan digalakkan membelek seketika dan bergurau memuji kecantikan tanda pertunangan itu dan memberikan kepada bapa pihak perempuan.
Kemudian lafazkan akad pertunangan,
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mewakili keluarga pihak perempuan, bersaksikan semua yang hadir disini menerima pinangan ini, mudah-mudahan Allah swt memberi keberkatan kepada kita semua.
Kemudian biarlah ibu atau wakil perempuan pihak lelaki pergi ke bilik menyarung cincin pertunangan.
Selepas itu, jemputlah pihak perempuan untuk keluar dan turut serta dalam majlis rasmi. Bawalah bersama balasan hantaran dari pihak perempuan keluar untuk diletak bersebelahan hantaran dari pihak lelaki. Beri masa kepada semua untuk mengambil gambar dan sebagainya.

Tanam pinang rapat rapat,
Biar senang puyuh berlari.
Budi tuan kami ingat,
Akan dikenang sehingga mati.


4. Kemudian wakil pihak perempuan buatlah sedikit wasiat kepada wakil pihak kedua-dua keluarga.
Saya ingin berwasiat terutamanya kepada kedua-dua pihak lelaki dan perempuan yang telah bertunang ini, juga keluarga kedua-dua belah pihak agar:





1. bertakwa kepada Allah swt, takutkan Allah dan sentiasa ingatkan Allah dalam segala perbuatan.
Allah s.w.t berfirman maksudnya: ”Sesungguhnya orang yang mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.”
Al Hujurat:13

2. Jaga keberkatan ikatan mulia ini. Bertunang bukannya lesen untuk berdua-duaan tanpa kehadiran mahram. Keberkatan merupakan kurnia tak ternilai Allah yang perlu kita cari. Tiada jaminan automatik mendapat keberkatan melainkan ianya perlu dicari. Keberkatan membawa kepada kepada ketenangan jiwa. Keberkatan mendatangkan rahmat kepada usaha mendirikan rumahtangga diantara kedua-dua calon pasangan ini.

5. Doa selamat
Wakil pihak perempuan menyemput wakil pihak lelaki untuk membacakan doa. Kebiasaannya mereka akan menolak. Selepas itu wakil pihak perempuan boleh memulakan bacaan doa.
Mulakan berdoa dengan intro bersyukur kepada Allah swt dan berselawat keatas Nabi saw.


Doa utama dan ertinya:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ
Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati hati ini
قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ،
berkumpul kerana Mengasihi Mu,
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ،
bertemu untuk mematuhi perintah Mu,
وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ،
bersatu memikul beban dakwah Mu,
وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ؛
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu,
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا،
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatan ini,
وَأَدِمْ وُدَّهَا،
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
وَاهْدِهَا سُبُلَهَا ؛
Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan Mu yang sebenar.
وَامْلأْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لاَ يَخْبُوْ،
Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap.
وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الإِيْمَانِ بِكَ،
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan keyakinan iman
وَجَمِيْلِ التَّوَآُّلِ عَلَيْكَ؛
dan keindahan tawakkal kepada Mu.
وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ،
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang Mu.
وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ؛
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ .
Engkau lah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan kami ini.


[C] Menjamu selera
Setelah tamat majlis rasmi bertunang, maka jemputlah rombongan pihak lelaki untuk mejamu selera.
Hah...

Nujum Pak Belalang di beri nama,
P Ramlee pelakon utama.
Hantaran di bawa kami dah terima,
Jom lah teruskan ke agenda seterusnya.

Emm..semua orang ada cara tersendiri,mengikut kreativiti masing2,asalkan tidak menyalahi syariah islam,nak berpantun silakan berpantun,nk bergambar silakan tapi ingat,syariah ALLAH tetap kena utamakn dalam semua perkara.Kepada yang dah bertunang,cepat2 la kahwin ye,byk keburukan juga seandainya dah bertunanag tapi lambat pulak kawin.Akhir sekali.....Unit Bait Muslim Mansurah(UBMM) sentiasa menanti borang2 dari sahabat dan sahabiah :-) Layari blog UBMM http://ubmm.blogspot.com/

ISLAMIC DIET



Ini adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut
sepanjang hayatnya kerana pandai jaga
pemakanannya.

Apa kata kita ikut diet ini. Tak payahlah susah-susah makan pil untuk
kurus, Insyaallah kalau ikut diet Rasullullah ini. Gerenti kawan-kawan
takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

1. JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU
MAKAN NASI.

2. TIDUR, 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM


DIA AKAN DI MAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. Tapi, kalau tak percaya...Cuba laa.. Ianya

takdelah dalam jangka masa terdekat.. Ianya berkesan bila kita sudah
tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang memakan makanan darat bercampur dengan
makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.Dikuatiri
akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam
mengandungi ion Positif manakala dalam ikan mengandungi ion Negatif,
jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan
balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit
pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang
berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan
tidak hadam).

Jadi...ape tunggu lagi,sapa2 yang rasa dah berisi tu,jom kita cuba diet yang terbaik ni,tak payah2 nk habiskan duit,hanya mengikut sunnah Rasul s.a.w sahaja..JOM DIET!! :-)