Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 29 Mei 2009

PERTEMUAN TANPA BICARA...




Salam sejahtera dan salam ukhwah kepada pengunjung blog hamba-alquran, semoga rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan kita. Hari ini saya tertarik untuk membicarakan berkenaan ISA, mereka yang ditahan tidak pernah dibicarakan. Masih adakah keadilan? Mereka mempunyai isteri dan anak-anak untuk disara, dibelai dengan penuh kasih sayang seperti kita juga..tetapi semua itu hancur lebur dan hanya tinggal harapan sahaja. Menarik untuk dikongsi bersama pada kali ini ialah kisah seorang tahanan ISA, yang hanya sempat bertemu dengan jenazah ibunya tanpa dapat berbicara. Seandainya diri kita yang mengalami situasi yang sama mampukah kita??? Sama-samalah kita muhasabah dan bacalah dengan mata hati....

Jam 2.30 petang, jenazah telah disembahyangkan, namun belum ada tanda-tanda yang Abah akan tiba dari Taiping. Di mana saja kelibatku berada, pasti tetamu akan bertanya "bila lagi Mat Sah akan sampai? ". Aku hanya mengangkat bahu sambil memberi senyuman nipis.

Akhirnya, jam 3.15 petang, Abah dengan diiringi beberapa orang polis berpakaian biasa, berjalan masuk ke halaman rumah. Ketika Abah menjejakkan kaki ke ruang tamu ditempat dimana jenazah nenek diletakkan, suasana menjadi senyap seketika. Semua yang hadir memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik berwarna hijau. Abah duduk berteleku di sebelah jenazah, perlahan-lahan beliau tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan..... itulah ciuman terakhir dari Abah untuk nenek....Ku perhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu. Mungkin selama ini Abah tidak pernah terfikir, penahanan dibawah ISA akan menyebabkan beliau dan ibu kandung kesayangannya terus menerus terpisah hingga ke akhir nyawa..... Ahh...terlalu zalim ISA ini ku rasakan..... Sebaik saja mengangkat wajahnya setelah mencium pipi nenek, ku lihat Abah menyapu matanya yang merah dan berair beberapa kali. Aku sendiri tidak dapat menahan rasa sebak melihat Abah berbuat demikian. Aku amat memahami, tentunya kerinduan Abah terhadap nenek tidak pernah terubat kerana selama tujuh tahun dikurung di Kem Kamunting, peluang untuk Abah bertemu nenek amat terbatas sekali. Pastinya Abah amat terkilan, cita-citanya untuk menjaga nenek ketika nenek tua dan sakit tidak kesampaian.....

Menyaksikan peristiwa itu, semua yang berada di sekeliling jenazah nenek, turut merembeskan airmata. Masing-masing tak tertahan untuk meluahkan sebak di dada. Tok Mat cuba menenteramkan Abah dengan kata-kata yang baik.
Abah tidak lama berada disisi jenazah nenek. Sebaik saja mayat dimasukkan kedalam keranda untuk dibawa ke kereta jenazah, sepantas kilat, sekumpulan polis berpakaian biasa mengepung abah untuk dibawa ke dalam kenderaan khas dan terus bertolak ke tanah perkuburan keluarga Tok Mat di Segambut. Aku sendiri tidak sempat untuk bersalam ataupun bertanya khabar. Abah begitu cepat hilang dari pandangan....

Aku memandu sendiri ditemani Suhaib ke Segambut. Abah telah lama tiba di sana dan beliau dibenarkan keluar dari van untuk sama-sama membantu pengebumian itu. Kesemua polis berpakaian biasa turut berada di kawasan sekitar lahad yang digali untuk menyimpan tubuh arwah nenek.

Aku menunggu hingga segalanya selesai termasuk bacaan doa talkin. Kemudian Tok Mat dan anak-anak bergilir-gilir menyiram air mawar di pusara nenek. Sebaik saja siap siraman terakhir, Abah diberi masa beberapa minit untuk bersalaman dengan adik-beradik dan saudara-mara yang hadir di tanah perkuburan itu...... termasuk aku dan Suhaib. Aku tidak sempat bercakap dengan Abah. Aku hanya sempat mencium tangannya.....pegangan itu terlepas dan bila kepala ku angkat, beliau telah berada beberapa meter jaraknya dariku , berjalan pantas dikerumuni sekumpulan lelaki menuju sebuah van bercermin hitam pekat yang diparkir betul-betul di hadapan kawasan perkuburan.......

Selepas itu, aku tidak tahu di mana Abah berada... Adakah beliau masih bermalam di salah satu balai polis di Kula Lumpur ini, atau pun terus dibawa pulang ke Kem Kamunting.....

Yang jelasnya, kerinduan, cinta dan kasih sayang dari seorang ibu seperti nenek, yang telah dipisahkan dengan anaknya tanpa perikemanusiaan oleh akta Zalim ISA ini.... akhirnya dibawa bersama ke liang lahad..
Al Faatihah..(petikan dari MERAH HITAM)

Rabu, 27 Mei 2009

"MAKAN HATI BOLEH TAMBAH DARAH".... BETUL KE??


Setiap kali membuat pemeriksaan doktor di Malaysia seringkali saya dinasihati supaya memakan lebih banyak makanan yang boleh menambah darah. Antaranya doktor memberi contoh hati dan daging. Apabila umur saya meningkat dewasa, ustaz saya mengajar supaya mengelak daripada memakan organ dalaman. Salah satunya hati. Ustaz juga ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan memakn hati dan itu juga bukan sunnah baginda. Saya juga agak pelik dengan perkara itu. Yang mana satukah yang benar? Saya hanya berlapang dada mengatakan bahawa doktor pasti dia pakar dalam bidang perubatan tapi ustaz hanya dalam bidang agama sahaja. Ternyata pandangan saya salah.

Pemakanan yang sihat amat penting selaku kita seorang pelajar. Apatah lagi sebagai seorang hafiz. Akal kita yang sihat perlu dijaga dengan baik supaya ianya dapat melahirkan pemikiran-pemikiran yang baik dan bernas. Bukan itu sahaja pemakanan yang sihat sangat membantu dalam proses pembelajaran. Tertarik saya dengan artikel seorang hamba Allah yang sudah mengkaji dan membuat eksperimen sejauh mana khasiat hati dalam membantu pertambahan darah dalam tubuh kita. Saya pasti para pembaca juga akan tertarik dengan artikel ini. Sama-sama kita mengambil manfaatnya.

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman saya dalam mendidik anak. Saya kira ini semua kurniaan Allah. Saya banyak memberi anak sulung saya yang manja ini dengan makanan rapu (makanan ringan). Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberi ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberi olehNya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama Biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek Biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran Biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu (makanan ringan) termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, dia sudah menghadapi satu masalah, dia mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar mata pelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Dia semakin mudah letih. Dia hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju, maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujuk kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelum ini, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (Biologi & Kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu Sains yang mengajar bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajar kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajar ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sejak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu Sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu Sains dan perubatan moden . Mereka mengajar tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

Selasa, 26 Mei 2009

- HIKMAH DI SEBALIK "SAB'UL MASANI" -

Surah Al-Fatihah merupakan surah pertama dalam al-Quran. Surah ini merupakan pembukaan bagi kitab suci al-QUran. Surah ini terlalu banyak fadhilatnya. Bukan itu sahaja, surah ini mengandungi pelbagai maksud tersirat yang merangkumi tauhid, ibadah, muamalat dan sebagainya. Surah Fatihah mempunyai banyak nama. Selain dikenali sebagai Surah Al-Fatihah, surah ini juga dikenali sebagai "Sab'ul Masani". Surah Al-Fatihah dikenali sebagai "Sab'ul Masani" kerana bilangan ayatnya yang mengandungi tujuh ayat.

Setiap perkara yang dicipta oleh Allah s.w.t mempunyai makna tersirat yang tersendiri. Itulah bukti kebesaran dan keagungan Allah yang Maha Kuasa. Mukjizat terbesar kekal hingga ke hari kiamat adalah al-Quran. Betapa suci, izzah serta mulianya al-Quran ini sehingga ada beberapa perkataan yang dikalangan ulama sendiri tidak mengetahui maksudnya dengan tepat. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Subhanallah... Betapa tingginya bahasa al-Quran itu.

Al-Fatihah juga merupakan pembukaan bacaan ketika solat. Ia merupakan penyebab sahnya solat itu. Betapa mulia dan berkatnya Surah Fatihah ini kerana setiap waktu solat kita wajib membacanya. Ulama' Fiqh juga ada menyatakan sesiapa yang tidak menghafaz Surah Fatihah, maka hendaklah menggantikannya dengan tujuh ayat yang lain. sebab itulah Surah Fatihah juga dinamakan "Sab'ul Masani".

Al-Fatihah ada tujuh ayat. Jika dilihat, tujuh ayat dalam Al-Fatihah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al-Fatihah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (hari Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, jika seseorang itu benar-benar menghayati al-Quran, yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatihah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia selamat. Jika Fatihah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan dilaknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang, yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua, kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamat atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah". Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu jika kita sedar dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al-Fatihah ada tujuh ayat. Jika intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al-Fatihah. Jika Al-Fatihah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Jika tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang zahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang zahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga membantu mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh membantu melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu mengesan yang zahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat juga campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Jika di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam Bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap Bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin menumpang bahasa manusia untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga menumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al-Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak sanggup melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Jika tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini jika dijadikan panduan, boleh mendidik nafsu kita yang ada tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al-Fatihah yang tujuh itu. Semakin kita hayati, kita mampu mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al-Quran itu terkandung dalam Al-Fatihah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al-Fatihah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, jika Al-Fatihah dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, taat atau tidak kita pada Tuhan. Paling lemah, Al-Fatihah atau isi Al-Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik jika dia benar-benar mengawal nafsunya itu. Jika manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa hanya boleh mencapai tahap nafsu mardhiah sahaja jika dia benar-benar berusaha mengawal nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al-Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu lain. Siapa yang boleh menguasai dan mempraktik Al-Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana mencipta dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi sangat berperanan. Jika manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al-Quran.

Ayat Al-Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Jika kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Sebenarnya jika kita mampu kuasai tujuh ayat itu, kita boleh mencapai peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka mencapai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, Dia tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al-Fatihah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al-Fatihah itu mampu mengawal tujuh peringkat nafsu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al-Fatihah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis juga tidak boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh mewujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al-Fatihah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Walaupun hanya merungkai muqaddimah sahaja namun kita boleh lihat kehebatan Al-Fatihah itu. Baru di pintu Fatihah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al-Fatihah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Jika sebahagian ulama memasyhurkan Al-Fatihah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al-Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Al-Fatihah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di akhirat. Moga hidup ini tidak disia-siakan. Jangan menganggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

Nukilan: Alang Aminah Mahyudin (a2aminah@yahoo. com.au)
Di rakam dari syarah : Ustaz Hj Ashaari Muhammad

Isnin, 25 Mei 2009

ADAKAH PEREMPUAN HAID BOLEH MEMBACA AL-QURAN?

Persoalan ini seringkali menjadi bualan dan tanda tanya pada golongan para hafiz. Adakah ianya dibolehkan atau sebaliknya. Malahan saya sendiri sebelum ini masih belum jelas lagi tentang perkara ini walaupun ketika itu saya sudah bergelar hafiz. Mungkin kerana masih berada di tahap pengajian yang rendah, ilmu yang belum mencukupi serta berlakunya pelbagai pendapat di kalangan para ustaz menyebabkan saya masih lagi keliru. Kini saya sudah jelas tentang persoalan ini. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang perkara tersebut.

Saya harap golongan hafiz tidak lagi tertanya-tanya tentang persoalan ini dan tidak akan mengambil enteng terhadap apa yang sudah jelas. Terutamanya bagi mereka yang baru sahaja bergelar hafiz. Perkara ini penting kerana sesetengah institusi tahfiz mempunyai silibus tertentu dalam tempoh yang ditetapkan. Tahap penghafalan setiap orang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Ini menyebabkan ada sebahagian yang berpendapat boleh membaca dan menghafaz ketika haid. Ini juga menyebabkan kita sendiri ragu-ragu adakah ianya dibolehkan atau tidak.

Saya tertarik dengan artikel di dalam blog Ustaz Nazrul mengenai perempuan yang haid adakah dibolehkan untuk membaca Al-Quran atau tidak. Penerangan saya ini berdasarkan apa yang telah diterangkan di dalam blog beliau. Semoga ianya dapat memberi manfaat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

عن ابن عمر رضى الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لا تقرأ الحائض و الجنب شيئا من القرآن

Maksudnya: Diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar radhiyallahu anhuma katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Seorang wanita yang didatangi haid dan seorang yang berada di dalam keadaan junub tidak boleh bagi mereka membaca sedikitpun daripada al-Quran.
(Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah)

Menurut para ulama bermazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali , diharamkan bagi seorang wanita yang berada di dalam keadaan haid membaca al-Quran. Perkara ini juga diharamkan bagi seorang wanita yang bisu yang menggerak-gerakkan bibirnya dengan tujuan membaca al-Quran. Ini adalah seperti yang difatwakan oleh al-Qadhi Hussain rahimahullah di dalam Kitab Fatwanya.

Perkara ini diharamkan jika wanita tersebut berniat bahawa perkara yang dibacakannya tersebut adalah al-Quran. Sebaliknya jika wanita itu tidak berniat sedemikian seperti meniatkan bahawa apa yang dibacanya sebagai zikir, maka hukumnya adalah harus. Contohnya seperti membaca ayat 156 surah al-Baqarah:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan meniatkan bahawa apa yang dibaca tersebut sebagai ucapan ketika ditimpa musibah.Ataupun membaca apa-apa sahaja ayat yang terdapat al-Quran yang mengandungi maksud doa tanpa meniatkan perkara yang dibaca tersebut sebagai al-Quran maka hukumnya adalah harus.

Manakala menurut Mazhab Imam Malik radhiyallahu anhu, diharuskan bagi wanita yang berada di dalam keadaan haid dan nifas membaca al-Quran dengan syarat tidak menyentuh al-Quran itu sendiri sama ada dibimbangi jika dia tidak membacanya maka dia akan lupa al-Quran (bagi yang menghafaz al-Quran) ataupun dia memang langsung tidak bimbang akan lupa jika tidak membacanya. Kedua-dua keadaan tersebut diharuskan bagi seorang wanita yang berada di dalam keadaan haid dan nifas membaca al-Quran. Ini kerana wanita tersebut tidak mampu mengelakkan diri daripada haid dan tidak mampu menghilangkan haid secara serta-merta.

Di sisi Mazhab Imam Ahmad radhiyallahu anhu juga terdapat satu pendapat yang mengatakan bahawa diharuskan bagi wanita yang didatangi haid dan nifas membaca al-Quran. Ini merupakan pendapat yang dipilih oleh al-Imam Ibn Taimiyah rahimahullah.

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah menukilkan daripada Syarah Shagir oleh al-Imam Dardir rahimahullah dan Syarah al-Khurasyi dengan menyebutkan bahawa Mazhab Imam Malik mengharuskan bagi wanita yang didatangi haid memegang al-Quran jika dia merupakan seorang tenaga pengajar al-Quran dan orang yang sedang belajar al-Quran.

KESIMPULAN

Bagi seorang wanita yang didatangi haid dan dia juga merupakan seorang penghafaz al-Quran bagaimanakah cara terbaik yang perlu dilakukan olehnya bagi mengelakkan hafalannya terganggu?

Perkara yang terbaik ialah mengeluarkan diri daripada khilaf ulama. Kita telah mengetahui bahawa sebahagian ulama membenarkan dan kebanyakkannya mengharamkan wanita yang didatangi haid dan nifas membaca al-Quran di dalam keadaan tersebut. Maka sebaiknya kita elakkan diri daripada membacanya dengan mengeluarkan suara ketika dalam keadaan tersebut.
Para ulama membenarkan wanita yang berada di dalam keadaan haid dan nifas untuk membaca al-Quran di dalam hati tanpa menggerakkan lidahnya sehingga boleh menyebabkan keluar suara yang mampu didengari oleh dirinya sendiri. Tetapi jika dia mengerakkan lidahnya tanpa mengeluarkan suara dan hanya menyebutnya di dalam hati maka ianya dibenarkan.

Tetapi jika dia tetap tidak mampu melakukan sedemikian dan perkara ini boleh menyebabkan hafalannya akan tetap terganggu maka dibenarkan kepada wanita tersebut mengikut pendapat yang disebutkan di dalam Mazhab Imam Malik rahimahullah.

Benarlah kata-kata Baginda sallallahu alaihi wasallam : Ikhtilaf dikalangan ulama umatku merupakan suatu rahmat.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Majmu’ Syarah Muhazzab oleh Imam Nawawi rahimahullah jilid 2, cetakan Darul A’lam Kutub

2. Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran oleh al-Imam Nawawi rahimahullah cetakan Darul Ibn Hazm

3. Bujairimi a’la Khatib oleh Imam Sulaiman Bujairimi al-Syafie jilid 1 cetakan Maktabah Taufiqiyah.

4. Al-Ihatah oleh Syeikhuna al-Allamah Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki hafizahullah

5. Fathu Bab al-Inayah bi Syarhi Kitab al-Nuqayah oleh Mulla Ali Qari rahimahullah, Tahqiq al-Allamah al-Muhaddis Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah.Cetakan Maktab al-Matbu’ah al-Islamiyah

DI SINI TEMPATKU BERMULA...




Gambar di atas merupakan tempat pengajian saya di Mesir. Tidak lain dan tidak bukan Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Kaherah, Mesir. Di sinilah tempat pengajian pertama saya di bumi anbiya' ini. Pada hari ini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak yang berkaitan dengan tempat pengajian saya ini.

Maahad Qiraat Al-Azhar ini merupakan pusat pengajian Qiraat yang utama di Mesir. Di sinilah tempat pelajar-pelajar tahfiz Malaysia menyambung pengajian dalam bidang Al-Quran dan Qiraat. Maahad Qiraat Al-Azhar di Shoubra hanya menempatkan pelajar lelaki sahaja manakala pelajar perempuan ditempatkan di Mansurah. Budaya di sini sememangnya mengasingkan di antara tempat lelaki dan wanita. Itulah yang membuatkan saya lebih suka untuk berada di sini.

Bidang Al-Quran dan Qiraat jika disebut memang mudah. Hakikatnya setelah mengikuti serta mendalami bidang ini Allah sahaja yang tahu betapa mencabarnya untuk menjaga Kalam Suci itu. Subhanallah.... Itulah mukjizat Al-Quran. Seronok bila memikirkan hidup kita sehari-hari dihiasai, ditemani dan dikelilingi dengan ilmu-ilmu Al-Quran. Subjek yang dipelajari di sini juga semuanya berkaitan dengan Al-Quran. Semoga saya dan sahabat-sahabat seperjuangan tidak mensia-siakan peluang dan kurniaan Allah kepada kita sebagai Ahlul Quran.

Pengajian Qiraat telah menempa era pembangunan ilmu dalam sejarah Al-Azhar sebagai Badan Pendidikan yang terulung di dunia dengan penubuhan Maahad Qiraat Al-Azhar pada tahun 1945 di Masjid Khozandarah, Shoubra. Penubuhan tersebut secara langsung meletakkan pengajian Qiraat setanding dengan pengajian-pengajian ilmu Islam yang lebih maju menurut perspektif pembangunan ilmu Islam itu sendiri.

Sesungguhnya usaha suci Al-Azhar untuk melahirkan Masyayikhul (syeikh-syeikh) Qiraat sebagai golongan Ulul Albab harus diberi penghormatan oleh umat Islam di seluruh dunia demi menjaga keagungan dan kesucian Al-Quran itu sendiri.

Maahad Qiraat Al-Azhar ini mempunyai sistem pengajian tersendiri yang dibentuk oleh Al-Azhar berdasarkan kaedah salafi yang menggabungkan pengetahuan usul Al-Quran dan Qiraat dengan kemahiran menguasai pembacaan Al-Quran yang praktikal secara hafaz sebagai pra-syarat mutlak kelayakan.

Penekanan dari sudut hafazan dan ingatan serta pendedahan yang luas memahami kaedah talaqqi dan musyafahah yang mendasari rukun Al-Quran yang sahih, insyaAllah melahirkan lulusan berketerampilan tinggi dan mantap sebagai penyumbang utama pada umat Islam ke arah merealisasikan pembacaan Al-Quran yang mutawatir lagi sahih.

Suatu bentuk pengajian yang saya kira, amat sukar diperolehi jika saya berada di Malaysia... Talaqqi dan musyafahah.. Bentuk pengajian ini mampu mendidik diri melalui bacaan Al-Quran yang mutawatir dan memelihara kesahihan bacaan Al-Quran. Inilah bentuk pengajian yang dilakukan sejak dari zaman sahabat lagi. Memang satu pengalaman yang cukup indah bila berada di dalam majlis ilmu bersama orang-orang Arab. Pelbagai gaya dan ragam.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t Maahad Qiraat Al-Azhar meneruskan sumbangan bakti sucinya kepada umat Islam seluruh dunia bagi melahirkan golongan ilmuan Al-Quran dan Qiraat dalam membantu kemantapan dan keutuhan ilmuan Islam.

Suatu yang tidak dapat dinafikan dalam lipatan sejarah peradaban ilmu-ilmu Islam, Qiraat merupakan antara bidang ilmu Islam yang mulia serta terulung dalam memahami kesucian islam. Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang terpelihara dari sebarang bentuk penyelewengan hingga ke hari kiamat.

Al-Azhar sebagai badan Islam yang menerajui institusi-institusi pendidikan dunia Islam terus meyakinkan umat Islam terhadap kewibawaan Maahad Qiraat Al-Azhar sebagai sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Qiraat yang unggul dan terulung di dunia.

Mudah-mudahan dengan keberkatan Al-Quran dan kemuliaannya, Maahad Qiraat Al-Azhar akan terus dikunjungi oleh penghafaz-penghafaz Al-Quran seluruh dunia sebagai waris ilmu Islam yang paling berharga.

Firman Allah s.w.t mafhumnya : "Kemudian kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dikalangan hamba-hamba Kami, maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri, dan di antara mereka ada yang bersikap sederhana, dan di antara mereka pula ada yang mendahului orang lain dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata)".

Ahad, 24 Mei 2009

Oh Ust Akhil Hayy....





“Saya rasa jodoh kami sudah tiada. Ini ketentuan Allah SWT dan ia untuk kebaikan kami bersama”, kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung desas-desus perpisahan mereka yang kini menjadi perbualan hangat.

Emm... Itulah kenyataan yang perlu diterima dan terpaksa ditelan oleh seorang isteri artis. Hari ini dalam program Nasi Lemak Kopi O terbitan Tv 9 telah dinyatakn secara jelas oleh isteri ustaz Akhil(Maizawati) bahawa mereka telah bercerai dan pada 2 Jun ini mereka akan ke mahkmah Rendah Syariah Ipoh. Apa yang hendak dikatakan lagi, mana mungkin seorang isteri sanggup bercerai dengan suami tanpa ada sesuatu yang menyakitkan untuk ditelan. Segala janji manis yang diluahkan semuanya jadi debu-debu yang berterbangan tanpa tujuan. Saya mengenali Ustaz Akhil ketika berusia 14 tahun lagi, rasa kagum teramat sangat bila mana seorang penyanyi rock bertukar wajah maenjadi seorang pendakwah, lebih-lebih lagi beliau berdiri di atas platform PAS, semua golongan meminati beliau. Tidak kira tua atau muda, semuanya penuh dengan pujian jauh sekali untuk dicaci. Dengan kurnian suara yang begitu merdu, beliau dapat menarik pelbagai golongan..itu semua cerita dulu-dulu..tapi sekarang mungkin semuanya telah berubah. Untuk menikmati ceramah dan lawak-lawak beliau ketika mula dikenali dahulu mungkin tiada lagi, hanya tinggal di dalam CD-CD atau kaset sahaja.

Hari ini kenyataan isteri beliau yang merupakan peminat beliau ketika dahulu membuatkan saya terfikir-fikir..dimana arah tuju Ustaz Akhil Hayy sebenarnya,terutama dari segi perjuangan yang beliau laung-laungkan dahulu. Gosip beliau dengan Wahida usah diperkatakan lagi.. Semuanya sudah maklum, kes terserempak tengok wayang, kes bercanda di tepi pantai dan yang paling saya tidak sukai ialah ketika pelancaran CAFE AKHIL musim ke 2.. Beliau membuat pengumuman Wahida akan jadi isteri beliau.... Rupa-rupanya dalam program CAFE AKHIL HAY sahaja. Konon-kononnya nak buat gimik, pernahkah beliau terfikir perasaan isteri dan anak-anak? Saya begitu rindukan Akhil Hayy yang lama. Teringat sewaktu mengikuti ceramahnya dahulu, kalau ada ceramah Ustaz Akhil memang berbondong-bondong yang akan datang.. Semua itu hanya menjadi kenangan sahaja. Adakah kerana WAHIDA mereka berpisah? Doa saya untuk Ustaz Akhil agar jangan dilupai apa-apa yang beliau ucapkan ketika tidak semasyhur sekarang dan jernihkanlah apa-apa tohmahan yang ada pada ustaz..

ADAKAH TAUBAT ANDA DITERIMA??

Salam ceria dari kami. Ahlan wasahlan buat pengunjung yang baru menziarahi blog ini. Sudah lama rasanya kami menyepi. Selautan syukur kehadrat Ilahi kerana masih mengurniakn nikmat pada kami. Moga hari ini dan hari yang seterusnya kita sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Tuhan. Rindu juga bila sudah lama tidak menggerak-gerakkan jari ini pada keyboard. Pejam celik tidak sedar usia semakin bertambah. Teringat saya pada kata-kata Ibnu mas'ud:
" ما ندمت على شيء ندمى على يوم غربت شمسه نقص فيه أجلى ولم يزد فيه عملى "

Maksudnya : "Apa lagi yang nak disesalkan, penyesalanku setelah terbenamnya matahari, berkurangya ajalku (semakin hampir kematian) dan amalanku tidak bertambah." (Terjemahan ringkas dari saya yang maksudnya lebih kurang begini)

Berdasarkan mafhum kata-kata Ibnu Mas'ud di atas seringkali kali dan setiap hari kita sibuk dengan tugasan kita. Hal-hal duniawi yang tiada kesudahannya sentiasa menyelubungi diri kita. Jika difikirkan kembali apalah sangat amalan dan bekalan yang ada pada kita untuk dibawa ke akhirat kelak jika setiap mas kita sibuk dengan dunia. Setiap masa dan ketika malaikat maut tidak putus-putus mendatangi kita untuk menjalankan tugasnya. Muhasabahalah diri kita.... Kita hanya manusia biasa yang diciptakan oleh Allah s.w.t dari setitik mani yang berbau busuk. Hidupnya manusia yang hina setiap masa membawa najis di dalam perut dan matinya manusia yang menjadi bangkai yang paling busuk di antara bangkai-bangkai lain. Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada kita jika mahu dibandingkan apa yang kita beri pada Allah s.w.t. Astaghfirullahal 'azim.... Sejauh mana lafaz syukur kita kepada Tuhan? Sejauh mana kita sentiasa mengingati Tuhan?

Selagi pintu taubat masih terbuka untuk kita sentiasalah kita memohon ampun dari Allah s.w.t atas dosa dan kesilapan kita yang lalu. Basahilah lidah kita dengan istighfar. Fadilat istighfar terlalu besar. Suka saya memetik hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah s.w.t akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam hidupnya merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT. Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada kerunsingan. Kekadang jika dilihat kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya. Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis. Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.


Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan. Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:


"Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."


Meskipun Nabi s.a.w. ma'sum (terpelihara) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari. Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan ma'sum? Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar, mohon supaya Tuhan mengampuni dosanya. Jika Nabi s.a.w. yang ma'sum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah memohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.


Bagi Nabi s.a.w. yang ma'sum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap. Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahajjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh dikekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'. Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya', ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu. Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut:


اللهم اغفرلي ما قدمت وما اخرت وما اسررت وما اعلنت وما انت اعلم به مني وانت المقدم وانت مؤاخر وانت على كل شيء قدير


"Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."


Maksudnya: "Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."


Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."


Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat. Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat untuk meninggalkan dosa dan menyesalinya. Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi. Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?


Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu." Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak melakukannya lagi.


Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermainkan Allah SWT dengan istilah taubat. Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.


Sama-sama kita berilitizam supaya tidak mengulangi kesilapan lalu. Sesungguhnya Allah tu Maha Pengampun lagi Penyayang.

Jumaat, 15 Mei 2009

Politik Wang Dalam PAS ?

Sejak pagi tadi , bertalu - talu panggilan dari wartawan yang ingin mendapatkan komentar dari saya berkait dengan kenyataan yang dikemukakan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Daud al Iraqi [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ] mengenai gejala politik wang yang didakwa berlaku dalam PAS .

Sukar untuk saya mempercayainya justeru PAS adalah sebuah Gerakan Islam dan amalan rasuah adalah suatu yang bercanggah dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS . Lebih menyukarkan saya apabila kenyataan yang dipetik ini adalah daripada kenyataan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat .

Saya hanya menjawab [ kepada wartawan ] Demi Allah ! saya tidak mengetahuinya . Cuma , jika benarlah ia berlaku [ saya berharap ia tidak berlaku ] , maka ia adalah suatu yang sangat menyedihkan dan PAS Pusat mesti mengambil tindakan tegas.

Apalah tujuan politik wang di dalam PAS ? nak kejar apa dalam PAS ? lainlah dalam UMNO . Demi Allah , sukar saya mempercayainya . Sungguh saya berharap perkara ini tidak berlaku ! Andai berlaku , saya tegaskan sekali lagi PAS Pusat mesti siasat dan mengambil tindakan wajar .

Seperkara lagi , al Fadhil Ustaz Mohd Daud Iraqi mesti mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian . Namun saya tidak mendengar sendiri kenyataan beliau . Boleh jadi ini hanya mainan media di musim - musim pemilihan kepimpinan parti .

Apa pun gejala haram dan negatif ini saya harap tidak berlaku dalam parti . Jika benar sebagaimana yang didakwa , saya percaya ia bukanlah pemimpin yang beriman dan soleh . Pemimpin seperti insyaallah tidak akan mendapat tempat di dalam parti yang memperjuangkan Islam .

Saya kini dalam musafir ke Sabah untuk menghadhiri Ijtimak Guru - Guru PASTI yang berlangsung di Sabah esok . Saya berdoa agar Allah membersihkan jamaah Islam ini dari fitnah sedemikian dan menjauhkannya dari segala unsur yang boleh merosakkan jati diri sebuah gerakan Islam yang dihormati perjuangannya selama ini .

Semoga mimpi ini segara tamat .

BERMULANYA 1 KEHIDUPAN...


Dengan lafaz 'bismillah' kami merasmikan blog ini sebagai langkah pertama kami di alam penulisan siber ini. Lafaz syukur dan segala pujian yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t serta selawat dan salam buat Rasul s.a.w tercinta semoga perjalanan kami sentiasa dipermudahkan seterusnya diberi kekuatan yang berpanjangan untuk mencurahkan tenaga dalam arena dakwah demi menegakkan Islam yang tercinta. Semoga dengan usaha yang sedikit ini mampu membantu kami menambah ilmu dan thaqafah. Segala teguran dan komen yang membina amat dialu-alukan. Diharap ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Jazakumullahu khairal jaza'..... Salam perjuangan merintis kemenangan.