Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Memaparkan catatan dengan label BULAN MULIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BULAN MULIA. Papar semua catatan

Ahad, 20 September 2009

Perutusan Hari Raya Menteri Besar Kelantan




Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan Darul Naim

Isnin, 14 September 2009

QARYAH RAMADHAN DI KELANTAN

Salam Al-qadar buat semua muslimin dan muslimat.Tiada yang dapat dikatakan,hanya gambar yang menceritakan suasana dan kemeriahan di Qaryah Ramadhan yang hanya ada di negeri Serambi Mekah.Kalaulah negeri lain dapat mencontohi,kan bagus,tergambarlah suasana dan keseronokan untuk beribadat dan orang2 bukan islam pun secara tak langsung terkesan dengan dakwah sedemikian.

















Fuhh..seronoknya dapat sembahyang di Qaryah Ramdhan,harapannya moga negeri lain dapat mengambil pengalaman negeri Kelantan dalam meninggikan syiar2 islam..mudah-mudahan..insyallah.

Rabu, 9 September 2009

LAILATUL QADAR



Mencari Kemuliaan AL-QADAR

Firman Allah swt :

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )

Alhamdulillah..itulah kalimah yang selayak2nya di ucapkan sebagai pembukaan pada tajuk kali ini,dengan rahmah dan belas kasihan ALLAH s.w.t. kita masih lagi mampu untuk berada di 10 malam terakhir.Sebagai mana yang kita ketahui di malam 10 yang terakhir inilah malam yang menjadi idaman setiap hamba ALLAH tidakkira dimana jua berada.Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun".


Sabda Rasulullah saw :[1]

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .

“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .

“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”

( Riwayat Imam Bukhari . )

Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .

“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.

Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .

“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”

( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )


Justeru itu,sama2lah kita berusaha untuk mencapai segala apa yang tersembunyi di malam yang penuh dengan keberkatan ini.Moga segala usaha kita untuk mencapai malam Al-qadar berjaya denagn penuh keredhaan ALLAH s.w.t...YA ALLAH!!PERTEMUKANLAH KAMI DENGAN MALAM AL-QADAR,MALAM YANG ENGKAU JANJIKAN DENGAN PELBAGAI KELEBIHAN DAN KEMULIAN,MOGA KAMI TERPILIH UNTUK BERTEMU DENGANNYA..AMIN...

Ahad, 6 September 2009

NUZUL AL QURAN




Hari ini sebagai mana yang diketahui umum, kita menyambut hari Nuzul Quran yang ada sejarahnya yang tersendiri. Sempena Nuzul Quran saya cuba membawa sahabat-sahabat sekalian untuk mengenali al-Quran dengan lebih dekat lagi. Moga dapat mengambil manfaat terhadap tajuk kali ini kerana al-Quranlah salah satu pegangan umat islam seantero dunia...

Al–Quranul Karim sebagai mukjizat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. di bulan Ramadhan al–Mubarak ini adalah merupakan petunjuk buat manusia mencari jalan yang benar dan betul untuk menuju redha Ilahi. Allah berfirman :

"Bulan Ramadan Yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah."

( Surah al Baqarah . Ayat : 185 )

Firman Allah s.w.t. lagi :

“… dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.”

( Surah an Nahl . Ayat : 89 )

Saudara Muslimin dan Muslimat yang dihormati sekelian :

Al-Quran adalah Minhajul hayah (sumber kehidupan).

Allah s.w.t. tidak mencipta manusia tanpa garis panduan atau enakmen sebagai peraturan tetap untuk manusia mengurus hidupnya di dunia ini. Sementelah pula mereka adalah khalifah Allah s.w.t yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi ini berasaskan ketentuanNya yang Maha Mencipta lagi Maha Mengetahui.

Allah s.w.t. telah meng“akta”kan tatacara kehidupan manusia di dalam al-Quranul Karim sebagai akta yang wajib diterima pakai dan didaulatkan sebagai Perlembagaan Hidup sama ada secara individu mahupun bernegara.

Malang 1001 kali malang, andainya kita masih mahu mencari suatu panduan dan pegangan yang lain selain dari kitab Allah s.w.t.. Suatu tindakan yang hanya meletakkan kita sebagai manusia derhaka seterusnya mendapat azab Allah yang maha pedih.

Tidak sedarkah, bahawa kita adalah insan yang dicipta oleh Allah s.w.t. dengan kejadian yang sempurna dan tiada tolok banding, agar mengabdikan diri kepadaNya dengan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Renungilah firman Allah s.w.t :

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan ang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

( Surah al Baqarah. Ayat 21 – 24 )

Sejarah Penurunan Al-Quranul Karim

Terlalu banyak perkataan ulama’ dalam menjelaskan sejarah penurunan al-Quranul Karim. Saya mengambil ringkasan yang meletakkan sejarah penurunan al-Quran melalui 3 peringkat :


Peringkat 1 :

Turun ke Loh Mahfuz dengan jumlah yang satu.

Peringkat 2 :

Turun ke Baitul Izzah di Langit Dunia dengan jumlah yang satu.

Peringkat 3 :

Turun dari Langit Dunia ke bumi ( Nabi Muhammad saw ) secara berperingkat – peringkat dalam tempoh 23 tahun.

Turunnya al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izzah di Langit Dunia inilah yang berlaku pada malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan al-Mubarak.

Bagaimana Berinteraksi dengan al-Quran.

Masih ramai dikalangan umat Islam di Negara kita hari ini menjadikan al-Quran tidak lebih sekadar tangkal azimat menghambat hantu jembalang, demikian juga hanya dibaca pada malam–malam tertentu seperti malam khatam al-Quran sempena majlis perkahwinan atau pun malam bacaan Yassin pada hari–hari tertentu seperti malam nisfu sya’ban, di majlis kematian dan seumpamanya.

Tidak kurang juga mereka yang membaca al-Quran sekadar memerhatikan lagu qira’ahnya semata–mata tanpa sebarang tadabbur atau penghayatan terhadap kandungan al-Quranul Karim kitab Mukjizat ini.

Lebih parah apabila terlalu ramai umat Islam di Negara kita tidak langsung membaca al-Quran bahkan tidak tahu pun bagaimana untuk membaca al-Quran.

Inilah akibat dari penghapusan tulisan jawi sejak 40 tahun yang lalu di zaman Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.

Masyarakat kita tidak tahu membaca al-Quran dengan baik maka bagaimanalah pula mereka mahu memahami al-Quran untuk mengambil petunjuk Ilahi dalam kehidupan mereka.

Akhirnya kehidupan mereka terumbang–ambing tanpa petunjuk serta mudah pula menjadi mangsa kepada pengaruh orientalis, Islam Liberal dan pelbagai ideologi ciptaan manusia yang merosakkan aqidah mereka.


Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian..

Selayaknya kini, kita kembali ke pangkuan al-Quranul Karim untuk mendapatkan pedoman ke arah jalan yang benar dan selamat bagi kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah s.w.t :

Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (agama Islam/al-Quran) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

( Surah al Ana’am : Ayat 153 )

Nabi saw. telah menegaskan bahawa jalan yang lain dari petunjuk al-Quran atau wahyu Allah s.w.t. maka ia adalah jalan yang dipandu oleh syaitan laknatullah.

Rasulullah s.a.w. pernah menggariskan satu garisan di tanah lalu berkata: هذا سبيل الله مستقيما ( inilah jalan Allah yang lurus.)

Kemudian Baginda s.a.w. menggariskan pula di kanan dan kirinya lalu berkata: هذه السُّبُلُ ليس منها سبيل إلا عليه شيطان يدعوا إليه ( Ini adalah jalan–jalan yang tiada satu pun daripadanya melainkan terdapat syaitan yang menyesatkan . )

Lantas Baginda s.a.w. membaca firman Allah s.w.t :

Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu ( agama Islam/al-Quran ) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.

Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian..

Kembali ke pangkuan al-Quran adalah bermula dengan kesungguhan mempelajari teknik pembacaan dan pemahaman al-Quran yang betul. ( Kuasai ilmu pembacaan al-Quran dan seterusnya memahami al-Quran melalui pengajian secara serius )

Tiada istilah “lewat usia” bagi mendalami al-Quran justeru ia adalah sumber kehidupan hakiki yang bebas dari kemurkaan Ilahi. Tanpa al-Quran, hidup ini bagaikan hanyut ke tengah lautan tanpa bintang dan sesat di hutan rimba tanpa kompas.

Dewasa ini, terlalu banyak siri pengajian al-Quran dianjurkan. Sama ada secara langsung di universiti dan madrasah atau pun secara tidak langsung di masjid dan surau.

Malah ada yang mengambil inisiatif memanggil cendikiawan Islam ini mengajar di rumah mereka. Kepada mereka yang insaf dan sedar, wang tidak lagi menjadi persoalan sebaliknya apa yang penting ialah mereka dapat kembali ke pangkuan al-Quran untuk mendapatkan kejernihan petunjuk Ilahi.

Tidak kurang mereka yang terperangkap dalam kesibukan dunia moden hari ini, memanafaatkan kaset dan vcd pengajian tafsir yang disampaikan oleh para ulama’ yang berkelayakan dan dipercayai ilmu serta riwayatnya. Apa yang penting ialah menuntut ilmu mestilah berguru.


Berinteraksi dengan al Quran

i. Al-Quran dibaca dan ditadabbur ( dihayati )

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

( Surah Shod . Ayat : 29 )

ii. Al-Quran dipelajari dan dilaksanakan.
Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah ( hukum di dalam al-Quran ) dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanya Sanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan Sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

( Surah al Maaidah . Ayat : 49 )

Sabda Rasulullah s.a.w :[7]

ياَ حُذَيْفَةَ تَعَلَّمْ كِتَابَ اللهِ وَ اعْمَلْ بِمَا فِيْهِ

Wahai Huzaifah pelajarilah kitab Allah dan beramallah dengan isi kandungannya.

Akibat Berpaling dan Mendustakan Ayat – ayat Allah s.w.t.

1. Mengalami kesempitan hidup

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?" Allah berfirman : Demikianlah telah datang kepada engkau ayat–ayat kami, tetapi engkau melupakannya maka demikianlah pula hari ini engkau dilupakan.”

( Surah Taaha . Ayat 124 – 125 )

2. Terhalang dari memasuki syurga Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

( Surah al A’raaf . Ayat : 40 )

3. Menerima azab neraka yang sangat pedih. Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar/memanggang mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( Surah an Nisaa’ . Ayat : 56 )

Di bawah Lembayung al-Quran.

Mereka yang hidupnya sentiasa berada di antara helaian al-Quran akan merasakan betapa al-Quran bagaikan payung yang menaungi mereka dalam banyak keadaan. Semakin rapat interaksinya dengan al-Quran makin terasa dan mencengkam pengaruh al-Quran di dalam dirinya.

Insan yang dipengaruhi gerak laku dan peribadinya demikian juga minda dan fikrahnya oleh al-Quranul Karim menjadikan dirinya hebat dan memiliki karamah (kemuliaan) sebagai Insan Ahsanu Taqwim .


Pengaruh al-Quran menyerap dalam diri kita melalui 5 fungsi dan peranan asasnya yang diaktifkan :

Peranan 1 : Al-Quran sebagai Syifa’ (penawar).

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

( Surah Yunus . Ayat : 57 )

Peranan 2 : Al-Quran sebagai Rahmat.

dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

( Surah an Nahl . Ayat : 89 )

Peranan 3 : Al-Quran sebagai Nur.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

( Surah al Maaidah . Ayat : 15 – 16 )

Peranan 4 : Al-Quran sebagai Hidayah.

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi hidayah (petunjuk) ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

( Surah al Isra’ . Ayat : 9 )

Peranan 5 : Al-Quran sebagai Nizamul Hayah (peraturan kehidupan).

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

( Surah an Nisaa’ . Ayat : 59 )


[1] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". ( Surah al Baqarah . Ayat : 30 )

[2] Bagi penjelasan lanjut mengenai perbahasan panjang perbezaan pandangan ulama dalam hal ini boleh dirujuk kepada Kitab Itqan fi U’lumil Quran karangan al Haafiz Jalaaluddin Abdur Rahman as Sayuthi ( 849 – 911 ) di bawah tajuk Fi Kaifiat Inzaalihi.

[3] Rujuk Kitab : Ulumul Quran wal Hadith susunan al Qadhi asy Syari’e Ustaz Ahmad Ali Daud dari University Yarmouk Jordan . Terbitan Darul Basyiir A’mman. Muka surat 33 .

[4] Dikeluarkan oleh al Haakim , al Baihaqi dan an Nasaa’I melalui jalan Daud bin Abi Hind, dari Ikrimah , dari Ibnu Abbas rhm . Rujuk al Mustadrak Bab : أنزل القرآن جملة واحدة . . ( Jil . 2 / muka surat : 222 – 223 )

[5] Firman Allah swt : (setelah diterangkan Yang demikian) maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

( Surah Muhammad . Ayat : 24 )

[6] Di riwayatkan oleh Imam Ahmad , an Nasaa’I , Abu Syeikh ibnu Hayyan dan al Haakim dari Abdullah ibnu Masu’d Rha. ( Rujuk : Tafsir al Munir oleh Ustaz Doktor Wahbah az Zuhaili Juz ke 8 / Muka surat : 101 . Terbitan Darul Fikri Damsyik.

[7] Hadis di keluarkan oleh Imam Ahmad 386 / 5 dan al Haakim 432 / 4 . Hadis Sohih

Sabtu, 5 September 2009

MUHASABAH RAMADHAN



Salam Ramadhan untuk semua pelayar Khadim Quran.. Moga rahmat ALLAh sentiasa memayungi kita semua.. ALHAMDULILLAH... Hari ini yang bertarikh 5 September 2009, bermakna sudah separuh Ramadhan kita telah lalui.. emmm... 15 hari??? Begitu cepat masa berlalu, sedar ataupun tidak, inilah realiti.. Saya seolah-olah masih tidak percaya sudah 15 Ramadhan sudah pun berlalu... YA ALLAH begitu pantas masa berlalu... Fatrah Rahmah Allah terus berlalu, sekarang sudah pun menjengah fatrah maghfiroh (keampunan. Persoalannya, adakah rahmah ALLAh telah berada di dalam dakapan kita??

Adakah 15 hari Ramadhan yang telah berlalu telah kita gunakan sepenuh masa kita untuk mendekatkan diri kepada tuan punya dunia?? Ataupun kita masih lagi di takuk yang sama?? Masih lagi leka dan lalai sama seperti bulan-bulan yang lain.. Seolah-olah 15 hari Ramadhan yang berlalu tiada erti buat kita.. Sebelum berpuasa macam-macam yang kita angan-angankan, tak nak tinggal tahajjud, nak penuhkan malam-malam Ramadhan dengan berterawih, nak khatam Quran dan macam-macam lagi lah.. Adakah semua itu telah kita laksanakn sepanjang 15 Ramadhan yang berlalu??

KITA MASIH BERPELUANG

Ya!!! Kita masih lagi berpeluang untuk menebus segala kalalaian kita pada 15 Ramadhan yang berlalu.. Kita masih lagi mempunyai 15 hari Ramadhan dari sekarang!! Masih diberi peluang oleh ALLAH untuk kita mohon keampunan seterusnya menjauhkan diri dari api neraka..
Ayuh sahabat-sahabat sekalian.. Gunakanlah peluang dan ruang yang masih lagi terbuka sepanjang Ramadhan ini, kita massih punyai 15 hari lagi untuk terus menerus mencari redha Allah. Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah.. Jangan kita sombong dengan Allah, teruslah mohon keampunan, Allah sentiasa menunggu hambanya untuk menerinma taubat, tapi hambanya masih lagi dalam keadaan berseronok di atas dunia yang sementara... YA ALLAH AMPUNILAH SEGALA DOSA DAN MAKSIAT YANG PERNAH KAMI LAKUKAN SAMADA SENGAJA @ TIDAK, SEMBUNYI @ TERANG-TERANGAN.. SEDAR@ TIDAK.. YARABBBB.. KAMI MENGHARAPKAN KEAMPUNAN MU.....

Khamis, 20 Ogos 2009

AHLAN YA RAMADHAN



Assalamualaikum w.b.t kepada pemgunjung setia blog khadimquran... Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang dan ruang untuk terus mengabdikan diri kepada tuan punya dunia (ALLAH s.w.t) tiada kalam yang paling indah melainkan bertahmid dan bertakbir diatas anugerah dan nikmat ALLAH s.w.t kepada kita selaku hambanya.

Hari ini pada tarikh 29 Sya'ban 1430 bersamaan 20 Ogos 2009 hanya tinggal sehari sahaja lagi untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa. Di Mesir insya Allah kami akan berpuasa pada hari Sabtu, sama seperti Malaysia juga. ALLAHHUMMA BARIKLANA FI SYA'BAN WA BALIGHNA FI RAMADHAN.. sedar ataupun tidak umur kita semakin meningkat dan maut sentiasa menghampiri kita, akan tetapi kita masih lagi leka dan lalai. Entah bila diri kita akan sedar di atas segala maksiat dan dosa yang pernah kita lakukan tanpa kita bertaubat kepada ALLAH. Sama jugalah cita-cita kita untuk buat yang terbaik dalam bulan Ramadhan, tahun demi tahun pelbagai angan-angan dan cita-cita untuk kita isikan bulan Ramadhan tetapi berapa peratus sahaja yang kita buat dan laksanakan, selebihnya hanya tinggal angan-angan dan penyesalan..

Alhamdulillah.. Seandainya kita masih lagi diberi peluang untuk sama-sama beribadah di bulan Ramadhan yang bakal menjelma, maka kita perlulah bersiap sedia dari sekarang bagi meningkatkan amalan kita sempena dengan kedatangan Ramadhan bagi tahun ini. Segala janji-janji kita yang masih belum tertunai pada Ramadhan yang lalu hendaklah kita "qodo'" (ganti) kembali bagi meningkatkan lagi mutu ibadah kita seterusnya berjaya mendapatkan lailatulqadar. Semoga ALLAH s.w.t memberi kita kekuatan untuk terus meningkatkan amalan terutama pada Ramadhan kali ini..

Persoalan yang ingin diajukan dan sama-sama kita fikir-fikirkan.. Adakah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita??? Adakah umur yang muda menjamin kita untuk meyambut Ramadhan tahun akan datng??? Adakah kesihatan kita menjamin untuk kita meraikan Ramadhan yang akan datang??? Ataupun inilah Ramadhan yang terakhir untuk kita???? Pada 13 Ogos yang lepas, Ust Asri Rabbani telah dijemput ALLAH s.w.t hanya seminggu sebelum Ramadhan!!! Adakah kita masih lagi mampu untuk "bermain-main" pada Ramdhan kali ini??? Sesnugguhnya kita semua tiada masa lagi untuk berangan-angan, mati terlalu dekat pada kita, seolah-olah kita tiada masa lagi untuk fikirkan apa-apa kecuali pengabdian kita kepad ALLAH s.w.t.

Sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH s.w.t sekalian... Untuk Ramadhan kali ini, sama-samalah kita berusaha untuk buat yang terbaik daripada tahun-tahun yang lepas.. Seandainya umur kita sekarang 25tahun, berapa kalikah Ramadhan yang kita lalui dapat mendidik diri kita? Sama-samalah kita muhasabah diri kita untuk terus mendapat kredhaan ALLAh semata-mata.....SALAM RAMADHAN DARI KHADIMQURAN..