Jumaat, 12 Mac 2010

SOLAT SUNAT ISTISQA'


MB, Exco, pegawai basah kuyup ketika solat istisqa

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi. Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi. Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.
Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut. Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang. Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.
Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.Sumber Harakahdaily

Jumaat, 5 Mac 2010

MENANTI KELAHIRAN

Salam mahabbah untuk semua pengunjung blog ini. Selawat dan salam atas junujungan Nabi S.A.W. Sesungguhnya kerinduan padamu ya Rasulullah tidak pernah pudar walau kita tidak pernah bersua. Sempena di bulan Rabiulawal yang mulia ini sama-samalah kita gandakan ucapan selawat dan salam kita pada Rasulullah. Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk update blog yang tidak seberapa ini..kadang-kadang masa cukup terbatas. Di kesempatan ini kami memohon pada sahabat2 supaya mendoakn kami kerana dalam masa terdekat ini insyaAllah dengan izin ALLAH kami akan dikurniakan zuriat yang pertama..sesuai la dengan tajuk post kali ini berserta gambar-gambar yang boleh menyentuh jiwa kita, betapa kerdilnya kita ini..sememamgnya kita hina, kita dijadikan dari air mani yang tiada nilainya, yang busuk dan macam-macam lagi..tetapi kita masih lagi ego, takabbur, riak dan semua sifat mazmumah mungkin kita milikinya... Perhatikan setiap gambar-gambar dari permulaan kita ditakdirkan untuk hidup di dunia.. Begitu hebatnya ciptaan ALLAH, begitu kerdilnya diri kita yang tiada apa-apa keistimewaan kecuali taqwa. Moga ALLAH s.w.t beri kekuatan kepada kita untuk terus bertaqwa kepadanya... Kelahiran yang pertana ini sememangnya mengujakan kami.. Insyallah akan kami namakan Tuan............. bin Tuan Mohd Azman(hehe). Tolong penuhkan tempat kosong :-). Pelbagai perasaan yang sedang menyelubungi diri ini. Hanya Tuhan saja yang tahu. Gembira itu sudah pasti tetapi berbaur dengan takut dan macam-macam lagi. Sememangnya pengalaman pertama menjadi bakal ibu dan ayah menguji kesabaran. Perasaan tidak sabar untuk menjadi ayah itu yang paling utama. Namun isteri pula yang merasai kesakitan yang tidak menentu. Sehingga menyebabkan saya sendiri sentiasa khuatir untuk meninggalkan isteri bersendirian. Namun apa yang pasti saya serahkan segalanya kepada Allah mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan yang paling penting semuanya selamat. Ketahuilah sesungguhnya Maha Suci Allah itu yang mencipta sesuatu tiada tandingannya. Sama-sama kita perhatikan dan hayati setiap gambar dari permulaan kita diciptakan oleh Allah sejak dalam kandungan ibu kita lagi.





























SUBHANNALLAH....begitu hebat ciptaan ALLAH s.w.t...