Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Memaparkan catatan dengan label PEDOMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEDOMAN. Papar semua catatan

Khamis, 7 Januari 2010

CARA-CARA MENERIMA PINANGAN





[A] Mengalu-alukan kedatangan rombongan pihak lelaki

1. Bertanya khabar, yang tua dimuliakan & dihormati, yang muda-muda diberi galakan bersama dalam majlis (bukan duduk di luar sahaja).

[B] Memulakan majlis pertunangan secara rasmi

1. Mulakan majlis rasmi dengan bismillah dan ucapan syukur ...
Disertakan koleksi pantun-pantun yang boleh membantu menyerikan majlis. Berpantun merupakan seni Melayu dalam memperkatakan hajat hati secara halus.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai wakil pihak perempuan, sekiranya wakil pihak perempuan memulakan pantun dan tidak dibalas dengan pantun oleh wakil pihak lelaki, adalah baik dan lebih bijak kiranya wakil pihak perempuan tidak meneruskan seni permainan pantun atas dasar menghormati tetamu pihak lelaki. Cukuplah dengan kata-kata biasa sahaja.

Kapal dagang dari seberang,
Bawa muatan kayu meranti.
Dari jauh tuan puan datang,
Kami disini sedia menanti.

Batu kecubung berwarna biru,
Ditatah berlian batu bermutu.
Adab kami menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.

Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari?


2. Bila wakil pihak lelaki memberi tepak sirih,

Tepak sirih di bawa bersama,
Sirih datang dari kota.
Orang memberi kami menerima,
Syariah Islam pegangan kita.

Selepas itu bolehlah bincang apa-apa ketetapan diantara kedua-dua pihak seperti hantaran, tarikh kahwin dan sebagainya. Kebiasaannya perkara teknikal sebegini sudah di persetujui sebelum ini, oleh itu wakil kedua-dua pihak boleh memberi penyataan umum sebagaimana yang telah ditentukan oleh kedua-dua pihak.



3. Bila wakil pihak lelaki menunjukkan dan memberikan cincin pertunangan, wakil pihak perempuan digalakkan membelek seketika dan bergurau memuji kecantikan tanda pertunangan itu dan memberikan kepada bapa pihak perempuan.
Kemudian lafazkan akad pertunangan,
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mewakili keluarga pihak perempuan, bersaksikan semua yang hadir disini menerima pinangan ini, mudah-mudahan Allah swt memberi keberkatan kepada kita semua.
Kemudian biarlah ibu atau wakil perempuan pihak lelaki pergi ke bilik menyarung cincin pertunangan.
Selepas itu, jemputlah pihak perempuan untuk keluar dan turut serta dalam majlis rasmi. Bawalah bersama balasan hantaran dari pihak perempuan keluar untuk diletak bersebelahan hantaran dari pihak lelaki. Beri masa kepada semua untuk mengambil gambar dan sebagainya.

Tanam pinang rapat rapat,
Biar senang puyuh berlari.
Budi tuan kami ingat,
Akan dikenang sehingga mati.


4. Kemudian wakil pihak perempuan buatlah sedikit wasiat kepada wakil pihak kedua-dua keluarga.
Saya ingin berwasiat terutamanya kepada kedua-dua pihak lelaki dan perempuan yang telah bertunang ini, juga keluarga kedua-dua belah pihak agar:





1. bertakwa kepada Allah swt, takutkan Allah dan sentiasa ingatkan Allah dalam segala perbuatan.
Allah s.w.t berfirman maksudnya: ”Sesungguhnya orang yang mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.”
Al Hujurat:13

2. Jaga keberkatan ikatan mulia ini. Bertunang bukannya lesen untuk berdua-duaan tanpa kehadiran mahram. Keberkatan merupakan kurnia tak ternilai Allah yang perlu kita cari. Tiada jaminan automatik mendapat keberkatan melainkan ianya perlu dicari. Keberkatan membawa kepada kepada ketenangan jiwa. Keberkatan mendatangkan rahmat kepada usaha mendirikan rumahtangga diantara kedua-dua calon pasangan ini.

5. Doa selamat
Wakil pihak perempuan menyemput wakil pihak lelaki untuk membacakan doa. Kebiasaannya mereka akan menolak. Selepas itu wakil pihak perempuan boleh memulakan bacaan doa.
Mulakan berdoa dengan intro bersyukur kepada Allah swt dan berselawat keatas Nabi saw.


Doa utama dan ertinya:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ
Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati hati ini
قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ،
berkumpul kerana Mengasihi Mu,
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ،
bertemu untuk mematuhi perintah Mu,
وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ،
bersatu memikul beban dakwah Mu,
وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ؛
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu,
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا،
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatan ini,
وَأَدِمْ وُدَّهَا،
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
وَاهْدِهَا سُبُلَهَا ؛
Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan Mu yang sebenar.
وَامْلأْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لاَ يَخْبُوْ،
Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap.
وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الإِيْمَانِ بِكَ،
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan keyakinan iman
وَجَمِيْلِ التَّوَآُّلِ عَلَيْكَ؛
dan keindahan tawakkal kepada Mu.
وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ،
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang Mu.
وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ؛
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ .
Engkau lah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan kami ini.


[C] Menjamu selera
Setelah tamat majlis rasmi bertunang, maka jemputlah rombongan pihak lelaki untuk mejamu selera.
Hah...

Nujum Pak Belalang di beri nama,
P Ramlee pelakon utama.
Hantaran di bawa kami dah terima,
Jom lah teruskan ke agenda seterusnya.

Emm..semua orang ada cara tersendiri,mengikut kreativiti masing2,asalkan tidak menyalahi syariah islam,nak berpantun silakan berpantun,nk bergambar silakan tapi ingat,syariah ALLAH tetap kena utamakn dalam semua perkara.Kepada yang dah bertunang,cepat2 la kahwin ye,byk keburukan juga seandainya dah bertunanag tapi lambat pulak kawin.Akhir sekali.....Unit Bait Muslim Mansurah(UBMM) sentiasa menanti borang2 dari sahabat dan sahabiah :-) Layari blog UBMM http://ubmm.blogspot.com/

Sabtu, 3 Oktober 2009

MAYAT HARUM SELEPAS 26 TAHUN DIKEBUMIKAN


KUBUR Kiai Abduulah di Tangerang, Jakarta.

JENAZAH seorang ulama di Indonesia, Kiai Abdullah H. Mukmin yang meninggal dunia pada 22 Oktober 1983 berbau wangi manakala kain kapannya masih elok ketika kuburnya digali untuk dipindahkan ke tempat lain di Tangerang, Jakarta, baru-baru ini. Menurut sebuah akhbar semalam, mayat Kiai Abdullah tidak reput dan masih berada dalam keadaan baik sama seperti ketika ditanam 26 tahun lalu. Kayu penutup jenazah itu didapati tidak reput termasuk kain kapan. Anak sulung Kiai Abdullah, Mukhtar Ali yang mengangkat jenazah bapanya dari liang lahat mengaku berasa terkejut. "Keadaan jenazah sama seperti semasa ditanam pada 22 Oktober 1983. Cuma tubuhnya kelihatan kurus manakala rambutnya putih" kata Mukhtar. Mukhtar dan keluarganya turut terkejut kerana jenazah bapa mereka berbau wangi.


GAMBAR fail menunjukkan Kiai Abdullah (kiri) ketika sedang belajar di Mekah.


Menurutnya, bau itu tidak sama dengan wangian yang dijual di kedai-kedai minyak wangi. Beberapa orang yang berada di kubur itu melaungkan takbir semasa menyaksikan kejadian tersebut. Kubur Kiai Abdullah terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan. Ketika masih hidup, Kiai Abdullah banyak menghabiskan masanya dengan belajar dan mengajar agama. Kubur baru ulama Ramai Diziarahi itu kini di depan pekarangan rumah seorang lagi anaknya, Achmad Fathi, yang terletak 15 meter dari lokasi pusara lamanya. – Agensi Jasad Masih Utuh Selama 26 Tahun Makam Kiai Abdullah Ramai Diziarahi M. Rizal Maslan - detikNews