Khamis, 20 Ogos 2009

AHLAN YA RAMADHAN



Assalamualaikum w.b.t kepada pemgunjung setia blog khadimquran... Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang dan ruang untuk terus mengabdikan diri kepada tuan punya dunia (ALLAH s.w.t) tiada kalam yang paling indah melainkan bertahmid dan bertakbir diatas anugerah dan nikmat ALLAH s.w.t kepada kita selaku hambanya.

Hari ini pada tarikh 29 Sya'ban 1430 bersamaan 20 Ogos 2009 hanya tinggal sehari sahaja lagi untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa. Di Mesir insya Allah kami akan berpuasa pada hari Sabtu, sama seperti Malaysia juga. ALLAHHUMMA BARIKLANA FI SYA'BAN WA BALIGHNA FI RAMADHAN.. sedar ataupun tidak umur kita semakin meningkat dan maut sentiasa menghampiri kita, akan tetapi kita masih lagi leka dan lalai. Entah bila diri kita akan sedar di atas segala maksiat dan dosa yang pernah kita lakukan tanpa kita bertaubat kepada ALLAH. Sama jugalah cita-cita kita untuk buat yang terbaik dalam bulan Ramadhan, tahun demi tahun pelbagai angan-angan dan cita-cita untuk kita isikan bulan Ramadhan tetapi berapa peratus sahaja yang kita buat dan laksanakan, selebihnya hanya tinggal angan-angan dan penyesalan..

Alhamdulillah.. Seandainya kita masih lagi diberi peluang untuk sama-sama beribadah di bulan Ramadhan yang bakal menjelma, maka kita perlulah bersiap sedia dari sekarang bagi meningkatkan amalan kita sempena dengan kedatangan Ramadhan bagi tahun ini. Segala janji-janji kita yang masih belum tertunai pada Ramadhan yang lalu hendaklah kita "qodo'" (ganti) kembali bagi meningkatkan lagi mutu ibadah kita seterusnya berjaya mendapatkan lailatulqadar. Semoga ALLAH s.w.t memberi kita kekuatan untuk terus meningkatkan amalan terutama pada Ramadhan kali ini..

Persoalan yang ingin diajukan dan sama-sama kita fikir-fikirkan.. Adakah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita??? Adakah umur yang muda menjamin kita untuk meyambut Ramadhan tahun akan datng??? Adakah kesihatan kita menjamin untuk kita meraikan Ramadhan yang akan datang??? Ataupun inilah Ramadhan yang terakhir untuk kita???? Pada 13 Ogos yang lepas, Ust Asri Rabbani telah dijemput ALLAH s.w.t hanya seminggu sebelum Ramadhan!!! Adakah kita masih lagi mampu untuk "bermain-main" pada Ramdhan kali ini??? Sesnugguhnya kita semua tiada masa lagi untuk berangan-angan, mati terlalu dekat pada kita, seolah-olah kita tiada masa lagi untuk fikirkan apa-apa kecuali pengabdian kita kepad ALLAH s.w.t.

Sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH s.w.t sekalian... Untuk Ramadhan kali ini, sama-samalah kita berusaha untuk buat yang terbaik daripada tahun-tahun yang lepas.. Seandainya umur kita sekarang 25tahun, berapa kalikah Ramadhan yang kita lalui dapat mendidik diri kita? Sama-samalah kita muhasabah diri kita untuk terus mendapat kredhaan ALLAh semata-mata.....SALAM RAMADHAN DARI KHADIMQURAN..

1 ulasan:

  1. Moga ramadhan ini kita bersama hidayahNya.
    Memberi kemenangan kepada Islam.

    BalasPadam